Gadis Kertas Kosong-Dreams Come True.
Assalamualaikum..
Ececeh..tittle post memang tak boleh blah betul.Saya minta maaf bagi pihak jari saya kerana telah mengepost entry ini secara tidak sengaja.Jadi kalau ade sesetengah pihak terbaca entry kosong,saya Marissa Bt.Azhan menyusun jari memohon ampun dan maaf.Cewah!! Kelas kau Mar!Hang buat drama hari raya lah pulak.
Amboi, hari raya je ke boleh menyusun jari memohon ampun dan maaf Makcik Bedah oi.No,no,no,no,no,adik2 kakak2 abang2 pakcik makcik atuk nenek jangan ikut perangai jiran saya ni ye..[tidak pasal2 jiran hang terlibat sama] Memohon ampun kepada yang maha esa dan memohon maaf sesama manusia tidak perlu tunggu pada hari yang istimewa sahaja.Jika anda buat salah atau dosa cepat2 lah memohon ampun dan maaf.Kalau tidak memohon hidup tidak berkat tau.
Bukan topik ini yang mar nak ceritakan.Ini hanya selingan macam iklan kat tv tu.Seperti yang sudah tertera nun diatas sana,korang mesti dah baca post yang sebelum ni.Gadis Kertas Kosong.Kalau tidak baca lagi rajin rajinkan lah jari untuk mencari dan basahkan bibir untuk membaca :)
Sekali lagi hang menampakkan diri hang ni jenis yang memaksa.Pada entry yang sebelum ni,mar ada cakap pasal impian mar iaitu mar teringin nak naik atas pentas untuk buat pementasan drama.Alhamdulillah, Allah telah mengkabulkan doa mar.Insyaallah,pada 9/4 mar bersama rakan2 mar akan naik keatas pentas untuk pementasan drama.
Dan paling yang buat mar rasa bersyukur yang sangat2 mar dan rakan2 mewakili sekolah keperingkat daerah.Alahamdulillah.Pada awalnya mar ingat mar dah takde peluang sebab banyak kelas nak sertai.Akhirnya, Puan Ilis buat kata putus kelas 4Cekal mewakili sekolah.Waktu mar tahu tu mar happy sangat2 sebab itu sahaja peluang yang ada sebab masuk form 5 pengetua nak kami fokus untuk pelajaran.SPM kan..
Seminggu sahaja lagi untuk kami berlatih hari selasa berikutnya kami akan mengeluarkan segala-galanya.Okay,tentang competition tu mar cerita di entry yang lain lah ye.Jadi bawak bersabor.Serba sedikit berita gembira yang hendak disampaikan.Pembaca2 semua doakan yang kami boleh buat dan doakan kami berjaya dipertandingan.
Doakan juga agar kami diberikan kudrat untuk menjalani latihan selama seminggu.
Tiada apa yang mar dapat balas selain mendoakan kembali untuk korang semua.Dak dak drama 4 Cekal, Aja Aja Fighting!!
Assalamualaikum,
Comments
Post a Comment