A FRIDGE!!!!

Assalamualaikum..

Hellooooo~ * krik,krik,krik*

Ada orang tak??? Pembaca2 Mar masih membaca entry Mar tak? Aku sudah mula bermonolog. Boring duduk kat rumah sensorang, adik kita keluar ada latihan bola tampar. Jadi cuma bertemankan anak saya yang paling gemuk, my cat jojie. Yang lain kat luar lepak kat kedai mamak kat depan tu.LOL. Otak aku dah mereng sikit ni dek kebosanan yang melampau. Biasa time macam ni kita busy dengan latihan choral speaking, now tak lagi dah.

Berbalik kepada tajuk entry ku, tajuknya adalah fridge. Fridge? Kak Marissa Amanda [ceh tak boleh blah betul pakai nama Marissa Amanda, saja nak pakai nama yang aku reka. Nama belakang jer..] Aku nak cakap apa pula kali ni. Haruslah topik choral speaking ku. Teman2 yang satu team takyah lah baca pasal korang pun ada kat situ gak. Ceh wah, main2 je nak baca pun boleh :3

A fridge!! Mata membulat, mulut ternganga dan tangan..alah muka terkejutlah senang. Ini adalah salah satu ayat yang Mar suka. Pasai apa suka? Pasai gaya dia lah. And sebelum balik kami tangkap group pic dengan gaya ini lah. Banyak tau. Tapi aku tak dapat nak post gambarnya. Takpe nanti Mar cuba minta kat kawan2 Mar.                                              

Pertandingan berlangsung di SMJK Yu Hua, Kajang. Sekolah diorang besar. Teruja kut pergi sekolah tu. Pentas pun besar. Awal2 masuk dah sampai dewan. Lebih kurang dengan sekolah Mar jugak.Jalan sikit je dah sampai dewan. And pelajar diorang sporting sangat. Sudi buat persembahan untuk kitorang. Ada 20 sekolah sertai pertandingan tu. Kitorang kena buat persembahan no ke-12. Mula2 fikir lama turn kitorang tapi pejam celik pejam celik sekejapan sampai jugak turn kitorang. Alhamdulillah, kami berjaya buat persembahan kami.

Sementara menunggu nama pemenang-pemenang nya, kami dihiburkan dengan persembahan dari pelajar Yu Hua. Best sangat persembahan alat musik diorang. Selepas tu kitorang dihiburkan lagi dengan persembahan gendang pulak. Terbaeklah persembahan gendang mereka. Dua2 persembahan tu memang gempak sangat2. Diorang dapat standing ovation dari kami peserta2 choral speaking berserta sorakan paling kuat dari team kitorang. Walaupun penat menjerit kat atas pentas tapi nak jerit jugak.

So, akhirnya nama pemenang diumumkan.5 tempat disediakan.Dan kami tak menang pun.Hahaha, memang betul pun tak menang. Direct je kan aku. Sebab dari awal tak harapkan apa2 pun. Walaubagaimanapun, aku rasa effort kitorang selama 1 minggu practice sangat berbaloi walaupun tak menang. Bukan senang nak jadi wakil sekolah ke peringkat daerah. Jadi bagi kawan2 yang tak menang jangan putus asa. Semua yang sertai adalah pemenang. And percayalah, Mar sebagai peserta dan penonton sangat suka dengan semua persembahan. 

For top 5, Congrats!! And congrats to pemenang bagi conductor terbaik. Apa lagi? Oh terima kasih, kepada guru yang tercinta Puan Ilis dan Miss Sofiah sebab bagi peluang kepada kami untuk menimba pengalaman. Terima kasih juga buat ahli team choral speaking SMKJ3 kerana telah berhempas pulas mencurah tenaga untuk buat yang terbaik.[terima kasih kepada team sendiri] Haruslah. Congrats to SMKJ3 choral speaking team this year. Sentiasa ingat walaupun kita tak menang tapi kita dah bawa nama sekolah tau. Kita wakil sekolah ke peringkat daerah. Dan semestinya our beloved pengetua sentiasa bangga dengan kita. Pokok pangkalnya, effort kita tak akan pernah jadi meaningless. Kita practice 1 minggu tau. Bangga sikit.

For next year, hopefully SMKJ3 akan bawa something in choral speaking competition. Fighting!!




Assalamualaikum,

 XOXO,MAR.


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu TOURISM MANAGEMENT??

Baking 101:Tips for beginner

Apa citer orang tu??