Cantik.

Assalamualaikum..

Tidak semua cantik itu subjektif. Bak kata matlutfi la.Mar suka video dia. Hujah2 dia memang best disebabkan video dan entry dalam blog dia best mar terus jadi peminat dia. Disini bukan mar nak cerita tentang beliau dan juga bukan untuk mengulas balik tetang video tu. 

Mar dah rancang lama nak tulis entry pasal cantik tetapi selalu takda courage. Takut hujah kita tak matang lah, takut hujah kita jadi satu bebelan dan bukannya nasihat, takut apa yang kita taip tak sama dengan apa yang kita nak sampaikan dan macam2 lagi hypothesis yang tidak masuk akal.

Cantik. Apa pendapat korang tentang cantik? Semua orang nak cantik. Tak kira hang tua ka, hang muda ka atau hang kanak2 ribena sekalipun. Err..rasanya kanak2 depa tak kesah sangat kut. Tapi ada satu golongan yang mementingkan sangat kecantikan. Remaja. Remaja macam aku ni. Satu hari tak tengok diri kat cermin tak lengkap hidup. Laki aku rasa depa pun tak kesah cuma perempuan ni. Aku mengaku aku pun macam tu.

Don't judge a book by its cover. Kata2 yang hanya kita keluarkan dari mulut tetapi tidak diamalkan. Semua orang memandang dari segi rupa luaran. Termasuk yang tengah taip ni pun. Sapa lagi aku le.. Apa yang aku taip kat sini aku sendiri tak buat macam jangan judge seseorang dari rupa sahaja dan terus buat conclusion tanpa membuat experiment. Bila aku nak buat entry ni aku terus fikir..

'Hang bukannye lawa sangat Mar tapi awat hang judge orang dari rupa pastu terus jump to conclusion. Lainlah rupa hang tip top macam model barulah hang boleh judge people dari rupa dia.' Eh sebenarnya kalau rupa hang lawa pun hang tak patut buat macam tu. Itu dah dikategorikan sebagai mulut yang teringin distapler.

Kita marah kalau orang kutuk diri kita tetapi kalau kita kutuk diri kita sendiri? Apa yang korang rasa? Tak percaya yang korang kutuk diri korang sendiri. Mar tak pasti situasi dibawah ini akan dikategorikan sebagai mengutuk sendiri atau tidak. Jadi baca dan fikirkan.

Hang berdiri depan cermin pastu hang cakap kat diri hang lagu ni.. Kenapa kulit aku tak licin.. Kenapa aku gemuk sangat lemak berlebih-lebihan.. Kenapa aku.. Kenapa itu.. Kenapa ini.. Bukankah ayat2 yang macam ini adalah satu kritikan. Sesetengah orang berpendapat bahawa kritikan tu satu perbuatan yang baik sebab dari situ kita tahu kelemahan dan kita ubah. Kalau kita ubah tetapi sampai bila kita nak ucapkan kata2 yang macam ini pada diri kita. Atleast cuba lontarkan kata2 yang macam ni..

Aku gemuk pun aku boleh buat apa yang orang kurus boleh buat. Aku tak lawa pun aku boleh buat apa yang orang lawa boleh buat. Aku tak tinggi pun aku boleh buat apa yang orang tinggi boleh buat. Sekurang-kurangnya kita bagi semangat pada diri kita. Orang kat luar tu tak sokong kita takpalah. Kalau kita sentiasa berfikiran positif insyallah semua amalan yang kita buat akan menjadi positif. Manakala negatif ia akan jadi yang sebaliknya lah.Ini apa yang mar dapat dari ceramah motivasilah.

Sebenarnya luaran kita ini tak penting. Rupa kita pun bukannya boleh kekal. Bila kita ditanam dalam kubur nanti pun rupa luaran kita ini akan hancur jadi tanah semula. Yang roh kita bawa nanti adalah amalan dan peribadi kita. Jadi lupakan tentang rupa dan mula mencari peribadi yang baik itu. Bagi perempuan jadikan Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah atau mana2 puteri Rasulullah mahupun puteri2 sahabat Rasulullah sebagai contoh. Bagi lelaki pula jadikan Rasulullah dan para sahabat Rasulullah sebagai contoh.

Tidak bermaksud kita harus ketepikan rupa cuma jangan terlalu ambil serius tentang rupa. Apa2 sahaja, rupa is number one. Elakkan okay. Bagi perempuan cuba bersederhana dalam apa2 sahaja pun. Kalau korang punya rupa dah tip top jangan buat rupa korang lagi extravaganza. Semua yang extravaganza tu korang perlu tunjuk pada bakal suami korang sahaja. So, makeup yang sederhana, dress pun sederhana pokoknya from head to toe jadi sederhana yang boleh.

Jadi setakat ini sahaja yang mar boleh sampaikan. Harap dalam mar cuba mengingatkan diri mar, mar dapat berikan sedikit ilmu yang tak seberapa ni. Mungkin pendapat mar tak sebijak mana dan tak sematang mana pun. Kalau korang ada pendapat korang yang tersendiri share lah. Mar suka baca pendapat orang lain. Okay, thats all. Bye bye :3

Assalamualaikum.

XOXO,MAR.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu TOURISM MANAGEMENT??

Baking 101:Tips for beginner

Apa citer orang tu??