Pelajar sekolah..ber-couple..pentingkah??
Assalamualaikum..
Alamak! Isu sensitif. Kali ni Mar nak sentuh isu 'couple' dalam kalangan pelajar sekolah.Tak kiralah pelajar sekolah menengah mahupun pelajar sekolah rendah.Kenapa Mar pilih isu sensitif ni ye?? Aku tahu korang mesti beranggapan "Balik2 topik ni macam dah takde topik lain". Aku pun bosan jugak and malas jugak nak bahas tentang ni. Lately ni aku terfikir kenapa guru2 UPSM akan bangkitkan isu ni setiap kali mereka beri ceramah disiplin. Why??? Because isu tu still jadi hot topic di setiap mulut pelajar.
A: Eh kau dengan si dia tu macam mana?
B: Oh ok je. Kau pulak? dah berapa lama dah dengan dia?
A: Hmm.. dekat 2 bulan dah.
B: Woah, lamanye..jeleous aku kat kau. Kitorang baru 2 minggu.
Dah takde topik lain nak cakap ke der? Bincanglah pasal benda lain. korang tak bosan eh? Ok ni ada lagi satu conversation between me 'Miss Latah' and my kawan lama.
Kawan: Hai, Mar. Lama tak borak dengan kau.
Miss latah: Haahkan. Kau macam mana?
Kawan: Ok lah. Oh, kau dah couple?
Miss latah: Belum lagi.
Kawan:*muka terkejut* Hah? Belum lagi tapi kenapa?
Kenapa? Kenapa apa? Salah eh tak couple lagi. Lagi pun penting sangat ke? For me benda tu tak penting langsung. Tak bagi sesuatu yang postif pun dalam hidup aku sebagai seorang pelajar. Yang buat aku musykil tu kenapa ramai pelajar yang sibukkan diri mereka untuk benda ni.Pelajar perempuan terutamanya. So hari ni Mar akan beri pendapat dari perspektif pelajar sekolah dan seorang yang bergelar perempuan.
Bagi yang pernah 'couple' pernah tak terfikir rasa sedikit menyesal. Kalau tanya Mar memang Mar tak tau cause Mar tak pernah tapi dari apa yang Mar observe, Ceh wah macam pakar pulak. Mar observe ni dari pengalaman kawan Mar and Mar memang nampak kekecewaan di wajah dia lepas lelaki tu break dengan dia. Hish, hari ni Mar nak lepaskan amarah kat lelaki tak guna tu. Boleh pulak break dengan hanya tukar relationship status kat fb. Kesian kawan Mar.
Takkan nak kecewa baru nak menyesal.Ber-couple boleh membawa kepada ZINA. "Eh bukan ke kalau kita tahu batas2 kita ia takkan membawa kepada zina." Tahu tak cukup kita kena jaga plus kita perempuan. Maruah tu. Zina ada banyak jenis. Kalau kita jaga mungkin tak membawa kepada zina yang paling teruk tetapi ia boleh membawa kepada zina yang kita tak sedar. Zina mata, zina mulut, zina hati and banyak lagi.Mar baru dapat tahu dari kawan Mar, ustazah mereka kata kalau kita texting dengan boyfriend pun salah satu bentuk zina. Mungkin tu zina hati tapi Mar tak pasti.
See, kita tak tau ibadah kita selama ni diterima Allah atau tak jadi tak kan nak dapat dosa pecuma kan. "Ala, parents aku kasi aku ada boyfriend" Kak oi, itu parents kau yang kasi tetapi DIA? Pleaselah ingat umur korang.Belum masanya lagi. Banyak benda lain yang lebih penting dari lelaki bukan mahram yang belum tentu akan jadi mahram pada kau. Jangan sibuk mencari pemilik tulang rusuk tu sekarang. Education dear. Education is more important.
The conclusion is fikir banyak2 sebelum buat tu dan berdoa banyak2 supaya kita rasa takut bila nak buat. Fikir parents,fikir yang kat atas sana dan paling penting fikir what will happen in future. Jadi ini lah serba sedikit pendapat Mar. Mar menulis enty ni sebab Mar ambil berat. Tak kan Mar nak duduk diam dan lihat serta dengar pasal isu ni sahaja. Hopefuly Mar dapat membantu tetapi yang dapat membantu kita mencegah adalah diri kita sendiri. Insyallah.
XOXO, MAR
Comments
Post a Comment