100 hari-Bab 2
Assalamualikum..
Alhamdulillah, akhirnya Allah memberikan idea kepada Mar. Beberapa minggu ni memang Mar takde idea langsung sampai Mar kena minta pendapat partner Mar. Thank you Aina. Aku rasa aku pakai idea kau sikit nanti aku belikan kau choki2. Kedekutnye kak latah ni, choki2 je dia bagi kat kawan yang bertungkus lumus mencari idea untuk dia. Bolehlah tu ke kau nak aku belikan komik maid maden? Hush, kalau dia baca ni mesti muka dia teruja. Insyallah kalau ada rezeki nanti aku belikan. Hadiah for 2 years friendship.
Entry sebelum ni Mar bagi ceramah. Eh, ye ke ceramah? Whatsoever, Mar niat nak bantu tapi kalau korang takde kena mengena dengan entry tu tak payah singgah. Eh, tak kena juga singgah! LOL. Now aku dah jadi pemaksa pulak. Lari karang pembaca kau Mar. Wokeyh, straight to the point. Mar malas nak explain kat hang apa Mar nak post. Sudah terang lagi bersuluh. Betul ke cara Mar pakai peribahasa ni. Aik, peminat novel tegar tak pandai pakai peribahasa ikut tempat ke. Saya budak baru berlajar. Baru bertatih. Masih setahun jagung lagi. So enjoy jelah reading this entry. Komen2 cikit (:
BAB 2
Klik! Klik! Klik!
Bunyi terhasil apabila jari itu menekan punat untuk mengambil gambar. Sedari tadi jari itu tidak menghentikan tugasnya. Sesekali terpancar kegembiraan di wajah. Puas hati dengan hasil sendiri. Kamera DSLR disandang di bahu. Kaki mula melangkah pergi. Mungkin mencari spot baru. Sebagai seorang jurugambar dia bebas mengembangkan idea seperti pelukis mahupun penulis. Bagi menghasilkan gambar yang variasi dia harus mencari tempat yang bebeza.
Sekali lagi jari telunjuk menjalankan tugas setelah pemilik tiba di tempat baru. Kali ini dia berada di taman permainan. Suasana begini yang dia mahu. Riak wajah yang terpamer di setiap muka kanak-kanak adalah aset terpenting. Mereka yang menghidupkan gambar. Rata-rata pelanggannya menginginkan gambar yang mepunyai kisah disebalik gambar tersebut.
"Seronoknya jadi kanak-kanak." Satu suara datang dari belakang sekaligus membantutkan aktiviti Izham. Izham cuma melemparkan senyuman. Dia kembali melakukan aktivitinya. "Senyum sahaja." sambung Qurratu. Dia melabuhkan punggung diatas bangku bersebelahan dengan Izham.
"Apa salahnya. Senyum itukan sedekah lagipun dapat pahala." Balas Izham dan sekali lagi melemparkan senyuman.
"Atleast,balaslah dengan kata-kata yang boleh buat aku faham. Senyum memberi 1001 makna jadi aku tidak tahu apa yang difikirkan oleh engkau." Terang Qurratu. Gadis yang lengkap berpakaian jubah berwarna ungu lembut mengeluarkan Galaxy tab dari beg bimbitnya. Mahu update blog. Rasanya sudah lama dia tidak update blog. Dekat dua 2 bulan juga. Pasti pembaca-pembaca blognya tertunggu-tunggu berita dari dia. Maklumlah sibuk dengan aktiviti kawannya seorang ini.
Izham meletakkan kemeranya disisi. Dia menoleh memandang rakannya. Khusyuk sungguh dengan blognya. Entah apa yang diceritakan. "Khusyuknya kakak kita ni" Izham bersuara setelah sekian lama mereka mendiamkan diri. Membuat kerja masing-masing.
"Haruslah, tidak mungkin aku nak duduk diam tanpa buat apa-apa. Tengok engkau klik sana, klik sini. Buang masa sahaja" Balas Qurratu tanpa memandang sekilas pun wajah Izham. Begitulah perangai Izham. Menangkap gambar sahaja. Selagi tidak dapat yang sempurna selagi itu dia menangkap. Yang menjadi mangsanya Qurratu lah. Harus menemankan Izham setiap waktu. Untunglah kerjanya bukan seperti doktor yang mempunyai oncall.
"Engkau lapar tak?" Izham menukar topik. Kalau dilayan lagi si Qurratu ini mahu cair tahi telinga. Yalah, mendengar bebelan Qurratu. Boleh tahan juga bebelan rakannya.
"Hah, nak tukar topiklah tu. Macam aku tidak tahu." Galaxy tab disimpan. Tiada apa yang hendak diceritakan di blognya. Tadi cuma sempat membaca beberapa entry baru dari blogger lain. Jam tangan dikerling. Jarum menunjukkan pukul 4. Terbeliak biji mata Qurratu.
"Baru sekarang engkau ajak aku makan." Marah Qurratu. Memang budak bertuah betul. Baru dia sedar kenapa perutnya menyanyikan lagu Roly poly dari T-ara tadi. Rupanya dia sudah terlepas waktu makan tengah harinya. Nasib baik kau kawan aku kalau tidak sudah aku sekeh-sekeh kepala engkau.
Izham tersengih. Dia tahu pasti dari tadi lagi perut gadis itu memohon diisikan makanan."Lapar ke tidak. Kalau tidak, aku terus hantar kau balik. Tidak perlu singgah mana-mana. Lagipun badan aku sudah sakit-sakit ni." Kata Izham sambil mengurut-urut bahunya. Menangkap gambar pun boleh sengal-sengal otot. Jurugambar seperti Izham sahaja kut yang sakit-sakit otot.
Bertambah geram Qurratu. Terus merah wajahnya. Menahan geram. Izham ini nak buat lawak pun beragak- agak lah sikit. Sudah dua jam setengah aku temankan engkau tidak mungkin aku tidak lapar. "Laparlah! Siap ada band lagi dalam perut aku tau. Jom pergi makan. Kau drive." Marah Qurratu lalu melangkah pergi. Hampir sahaja dia mahu membelasah rakannya itu. Penumbuk sudah digenggam. Tinggal tunggu nak layang sahaja dekat muka Izham yang tidak berapa nak kacak tu.
Izham mengekori dari belakang sambil tertawa dengan sikap manja rakannya. Tidak pernah Qurratu menunjukkan manjanya kepada Izham. Sesampai mereka di kereta, Qurratu dengan segera memboloskan diri ke dalam perut kereta. Seperti yang dikatakan sebentar tadi, Izham yang memandu jadi dia sudah siap sedia duduk di tempat penumpang. Izham juga sudah masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Laju kereta itu meluncur meninggalkan destinasi mereka tadi.
"Amboi masamnya muka dia. Senyumlah sikit." Kata Izham. Dikerling wajah rakannya selepas itu kembali menumpukan perhatian terhadap pemanduannya.
Qurratu tidak menjawab malah senyum pun tidak dilemparkan. Geram. Bengang. Sakit hati. Menyampah. Semua ada. Ingat senang nak pujuk aku. Kau buatlah apa-apa pun aku takkan senyum mahupun layan kerenah engkau. Kau cakaplah sorang-sorang. Malas nak layan!
"Alah, janganlah macam ini. Takkan engkau nak aku cakap dengan radio pula. Temanlah aku berborak." Sambung Izham setelah lagi tidak menerima respon dari gadis itu.
Masih seperti tadi. Hah, baguslah tu berborak dengan radio tu. Susah sangat ke hendak mengucapkan kata 'minta maaf.' Aku hendak dengar itu sahaja. Tidak bawa pergi makan pun tidak apa. Janji perkataan maaf itu keluar dari mulut kau.
"Yalah, aku minta maaf. Bukan niat aku nak biar kau kebulur. Aku sendiri tidak sedar sudah jam 4 dan kita masih belum makan tengah hari. Maafkan aku ya, intan payung." Izham meminta maaf. Aik, macam tahu sahaja apa yang difikirkan Qurratu. Ehem, ada apa-apa ke ni.
Intan payung? Buang tabiat apa kawan aku ni. Kalau ya pun kemaruk nak berbini, janganlah sampai aku kena tempiasnya. Macam mana pun dia sudah keluarkan kata 'maaf', terpaksalah aku senyum.
"Hah, macam itulah. Barulah lawa. Macam ini baru aku sayang." kata Izham tanpa ada rasa malu pun. Qurratu memandang Izham. Tidak berkelip. Biar betul kawan aku ni. Tidak semena-mena satu penampar hinggap di lengan kiri Izham. Untung sahaja berlapik.
"Aduh, sakitlah. Kalau nak pukul bagi warning dulu boleh tak." Adu Izham lalu mengosok-gosok lengannya. Pedih. Sakit jugak penangan Qurratu. Maklumlah bekas atlet bola tampar sekolah.
"Memang patut pun engkau kena. Cakap tu berlapiklah sikit." Dari hati yang sudah kembali tenang tiba-tiba bergelora kembali. Cakaplah lagi sayang-sayang dengan aku. Itu baru sikit.
"Apa tidak bolehkah aku cakap aku sayang dekat engkau?" Tanya Izham. Dia tidak bermaksud apa-apa pun. Dia dengan Qurratu bukan kawan yang kenal dua tiga minggu tetapi sudah 16 tahun. Apa salahnya dia berkata begitu.
"Tidak boleh. Aku tak suka. Kau kalau nak cakap sayang-sayang tu cakap pada gadis yang sudah jadi mahram kau sahaja. Aku ni bukan." Jawab Qurratu.
"Yalah ustazah, saya tidak cakap lagi." Kata Izham
Pap!
Sekali lagi penangan bekas atlet bola tampar sekolah hinggap di lengan kiri Izham. Itu sahaja tempat yang boleh dicapai.
"Apa pula kali ini?" Rasanya sudah lebam lengan kiri aku. Balik ini memang kena letak minyak gamat. Aduh. pedihnya. Minah ini ingat lengan aku ni bola. Nasib baik engkau perempuan.
"Sebab panggil aku ustazah. Aku dentist bukan ustazah." Jawab Qurratu. Sesekali dia tersenyum melihat wajah Izham ketika menahan sakit. Sakit sangatkah? Kesian pula aku tengok kawan aku ni.
"Sebab itu je. Sudahlah kalau tadi engkau yang merajuk kali ini aku pula." Izham memuncungkan mulut. Sudah ada rupa Donald Duck. Comel.
"Baiklah. Aku tak pukul lagi. Sakit ke?" pujuk Qurratu.
"Boleh tahanlah." Balas Izham.
Pintu rumah dikuak. Selepas menghantar Qurratu pulang, Izham terus menuju ke rumah uminya.Biasa dia pulang ke rumah sewanya tetapi disebabkan rumah Qurratu sehala dengan jalan menuju ke rumah umi jadi dia terus pulang ke rumah umi. Lagipun sudah lama dia tidak pulang menjenguk umi. Itulah sibuk memanjang.
"Dari mana Am?" tanya seorang wanita likungan 50-an, bertudung labuh dan memakai jubah. Wanita itu sedang duduk bersama seorang lagi perempuan dalam likungan belas-belasan. Menonton televisyen di ruang tamu.
"Assalamualaikum, umi. Umi apa khabar? Abah mana?" Tanya Izham lalu menyalam tangan wanita tersebut.
"Waalaikumussalam. Sihat. Abah ke masjid. Katanya ada perjumpaan sekaligus ada ceramah. Pertanyaan umi belum dijawab." Jawab wanita itu.
"Baru lepas hantar Qurratu balik umi. Tadi dia temankan Am pergi tangkap gambar untuk klien." Izham melabuhkan punggung di sebelah adik bongsunnya Liyanna. Satu-satunya puteri di dalam banglo milik Dato' Mohd. Yusuff. Uminya tersenyum.
"Kenapa umi senyum?" tanya Liyanna. Keliru dengan perbuatan uminya. Rasanya tiada yang lucu dalam kata-kata abangnya sebentar tadi.
"Macam mana umi tidak senyum Anna kalau abang aku tidak lagi nak beri menantu pada umi." Balas Datin Nur Imana.
Izham terkedu. Bila masa pula dia nak bawa pulang menantu. Setahu dia, dia tidak kata apa-apa tentang menantu dan perkahwinan. Jika yang nun jauh disana tidak cakap tentang perkahwinan, dia disini tidak akan membuka mulut pada keluarga.
"Apa yang umi katakan ni. Am tak fahamlah umi." Kata Izham. Dahi berkerut tanda dia tidak faham langsung apa yang dikatakan oleh uminya.
"Buat-buat tidak faham pula. Kalau dah rapat boleh umi pinangkan. Qurratu tu baik budaknya. Kamu berdua pun kenal sudah lama, molek sungguhlah tu." Balas Datin Nur Imana.
Izham tergelak. Sungguh dia tidak sangka 'menantu' yang dimaksudkan oleh uminya ialah Qurratu. Baru sahaja tadi Qurratu berkeras bahawa dia tidak suka jika rakannya yang datang meminang. Lebih-lebih lagi rakan karibnya. Siapa lagi rakan karib Qurratu, Izhamlah.
"Orang serius, along main-main pula. Betul kata umi tu. Kak Qurratu tu baik lagipun dia rapat dengan Anna. Kalau abang kahwin dengan dia nanti ada lah teman nak shopping." Kata Liyanna sambil tangan ligat mengambil kerepek dari balang.
"Engkau ni shopping je tau. Belajar. Jangan sibuk membeli belah sahaja. Umi pantau sikit adik ni" kata Izham lalu mengosok kepala adiknya.
"Orang tak selalu shopping pun. Along tu yang jangan sibuk dengan kemera sahaja. Tu umi dah teringin nak menimang cucu." Balas Liyanna lalu menolak tangan abangnya.
"Umi, Am rasa Qurratu tak nak dekat Am. Lagipun umi tahukan Am sayangkan Fareesha." Terang Izham.Susah kalau ibu babpa sudah ungkit tentang perkahwinan. Macam-macam pertanyaan harus dijawab. Ini belum masuk saudara-mara dan kawan-kawan.Tadi sahaja Qurratu sudah bangkitkan, pulang je umi pula ungkit.
"Hmm, kalau tunggu si Fareesha tu, sampai umi menghembuskan nafas barulah dia pulang." Kata Datin Nu Imana lau melepaskan keluhan. Dia bangun dan terus menuju ke dapur sebelum anak lelekinya itu berbicara.
Selepas hilang kelibat Datin Nur Imana, Izham terus membuat sesi soal siasat kepada adiknya. Dia sedikit terasa dengan ayat akhir uminya. Tidak mungkin Fareesha akan buat begitu. "Anna kenapa dengan umi tu?"
"Habislah kau long. Kau dah kecilkan hati umi" balas Liyanna.Hish, jawapan yang menyakitkan hati. Sudahlah kepala pening tambah jawapan ni. Mahu aku luku-luku adik aku ni.
"Kau tidak membantu langsunglah dik." Izham terus beredar dari situ. Menuju ke biliknya. Macam mana nak terangkan dekat umi. Aku cintakan Fareesha bukan Qurratu. Qurratu pun tak nak aku. Pening kepala bila fikir fasal kahwin. Kahwin! Kahwin! Kahwin!
Jadi inilah serba sedikit yang dapat disiapkan selam dua hari. Dah banyak kali masuk draft. Tadi dah post pastu edit balik. Jadi bagi sesiapa yang dah baca kena baca balik sebab ada edit sikit2. Terima kasih kerana sudi tunggu. Ada ke orang tunggu??? Hopefully ada (: Last but not least insyallah Mar akan sambung bab 3 and thanks for reading this entry. Entry yang panjang berjela ni =.=

XOXO, MAR <3
marissa apa ni...ejaan pun salah....mcm mane org tahu bila ejaan salah....lagipun mana bab 1 ...aq dari tadi cari bab 1...x jumpa pun .... apa apapu teruskan usaha apa yang anda telah lakukan sebagai penulis blog...hahaha...jumpa kan sekolah...pic :)
ReplyDeleteThanks sebab comment.haha selama ni aku menunggu je orang komen. Thanks banyak2. Adalah bab 1. tengok kat blog archived pastu bukak january punya. Kalau tak jumpa gak maknanya kau punya laptop or komputer or other gadjets that you use tu rosak. Thanks for support me.
Delete