100 Hari- Bab 3

Assalamualaikum..

Salam rindu dari Mar. Hihihik. Ada orang rindu kita ke? Ofcourse takde. Dah banyak kali masuk draft entry ni sebab Mar tak tau nak mula mcam mana. Nak start dengan bebelan makcik Marissa atau nak straight to novel. Wokeyh, so i just straight to the point jelah. Lagipun pembaca blog tak suka kita membebelkan. Enjoy!

BAB 3

"Sayangku, aku yakin..Kau sebahagianku. Sayangku, aku pasti..Takdir kita bertemu." Nada dering lagu Jerrypah nyanyian Aizat memecah kesunyian pagi sekaligus menggangu lena Izham pada pagi Sabtu itu. Dibiarkan sehingga lagi itu habis. Malas. Pagi-pagi dahmengacau orang. Sekali lagi nada dering itu berbunyi. Seperti tadi Izham membiarkan sahaja. Izham menarik selimut sehingga ke paras dada selepas tidak kedengaran lagi lagu Aizat. Putus asa lah tu. Niat dihati ingin menyambung mimpi tetapi nada dering itu kedengaran lagi. Nampaknya silap tekaan Izham. Tangan mencapai telefon bimbit dan didekatkan di telinga.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam!" Balas pemanggil di hujung dengan intonasi keras. Marah nampaknya pemanggil siapa sahaja akan marah jika panggilannya tidak diangkat.

Izham menjarakkan telinganya dengan telefon bimbit. Dikerling skrin telefon bimbitnya. Hmm.. patutlah macam kenal sahaja suara, Qurratu rupanya. Kenapa tiba-tiba telefon? Lepas itu jerit-jerit pula.

"Kau nak apa?" tanya Izham. Tangan kiri menggosok-gosok mata selepas itu mula menarik bantal dan merebahkan kembali tubuh ke atas katil. Mata masih mengantuk. Semalaman membaik pulih gambar-gamabr untuk klien.

"Kenapa angakat telefon lambat sangat! Penat tau jari mneekan dari tadi." Marah Qurratu. Nampaknya pagi itu bukan pagi yang baik untuk Izham. Awal-awal lagi sudah ditengking. Kejap lagi dengar ceramah bebas tol dari cik dentist pula.

"Kau nak apa?" Tanya Izham sekali lagi tetepi kali ini sedikit tegas.

"Temankan aku." Balas Qurratu lembut. Tadi bukan main garangnya macam singa sekarang lembut macam gula-gula kapas pula. Kenalah berlembut kalau tidak orang dekat sana itu tidak mahu temankan. Siapa lagi yang mahu jadi driver tidak bergaji kalau bukan Izham.

"Tak mahulah. Malas. Lagipun badan aku penat sangat ni." Jawab Izham.

"Alah, tolonglah teman aku. Sebelum ini aku selalu temankan kau. Sekarang gilliran kau pula temankan aku. Pujuk Qurratu manja. Memmang selama ini dia sahaja yang temankan Izham . Jarang sekali dia mengajak Izham ke mana-mana.

"Pergi mana?" tanya Izham. Macam ada peluang sahaja.

"Kau datang jemput aku di rumah." Jawab Qurratu dan terus mematikan panggilan. Membiarkan Izham terpinga-pinga di talian sebelah.

"Hello? Hello? Ish, budak bertuah." Izham meletakkan telefon bimbitnya diatas meja. Terasa berat badanya. Malas hendak bangun tetapi digagahi juga. Tidah fasal-fasal pula nanti ada yang kena jumpa doktor untuk periksa telinga. Takut terkena jangkitan virus. Virus 'bebelan makcik Qurratu.'


"Mana Izham ni. Lambatnya dia ni.." Rungut Qurratu dari tadi tidak henti-henti.

 Jam tangan dikerling seketika. Jarum jam berada tepat di nombor 12. Serta merta muka masam macam asam gelugur terukir. Mulalah aksi mengomel di depan pintu rumah. Sudahlah minta tolong orang itu dan orang itu sudah bagi lampu hijau, sekarang mahu mengomel pula. Itulah namanya perempuan kalau tidak membebel sehari tidak lengkap hari itu. Qurratu ini pun bukannya tiada lesen malah kereta juga ada tetapi dia sahaja yang malas mahu memandu. Sia-sialah bapanya memebelikan kereta Suzuki Swift berwarna mineral gray metallic.

Pon! Pon! Pon!

"Hah, sampai pun. Tak perlulah hon sampai tiga kali. Aku ni tak pekak lagi." Senyuman terukir. Lega akhirnya temannya sampai juga. Walaubagaimanapun, sempat juga dia mengomel. Haih, perempuan..perempuan.
  
Pintu kereta Honda Civic dibuka. Senyuman dilemparkan oleh Qurratu kepada Izham. Tiada balasan. Izham langsung tidak menoleh. Qurratu mengambil tempat di tempat penumpang dihadapan. Pintu kereta ditutup rapat.

"Nak pergi mana ni?" tanya Izham dengan wajah serius. Qurratu buat muka selamba. Alah setakat muka serius itu aku sedikit pun tak takut. Aku pujuk sikit pasti cair punya mamat ni. Eh, terlebih sudah.

"Hmm, jalan sahajalah dulu. Nanti aku bagitahu." Balas Qurratu. 

"Aku tak akan gerak kalau kau tak bagitahu kita nak ke mana." Kata Izham tegas. Maknanya Qurratu tidak boleh berdalih. Terpaksalah dia memberitahu juga. Apa yang susah sangat nak beritahu destinasinya.

"Kita..kita..kita pergi Mid Valley.." Balas Qurratu teragak-agak. 


"Hmmph, kalau itu aku tak mahu. Kau pergi sendiri." Izham mengarah tegas. Aduh, kenapa tempat sesak macam itu juga yang engkau nak aku temankan. Sudah tiada tempat lainkah?

"Please lah Am. Kau je kawan aku yang paling baik.. bertimbang rasa. Tolonglah temankan aku." Mula dah sesi pujuk-memujuk ala-ala suami isteri. Qurratu paling tidak suka bab pujuk-memujuk. Nasib baik Izham ni bukan jenis yang keras kepala. Kalu tidak sampai besok kereta ini tak gerak.

 “Itu je?” Tanya Izham. Senyuman yang hampir terukir ditahan. Tidak mahu rakannya tahu dia hatinya sudah reda.  

Amboi, diberi betis nak peha. Takpe sabar Qurratu. Sabar. Layan je dia demi Mid Valley. Hati Qurratu berbisik. Dada diurut perlahan dengan tangan.



“Hmm.. apa lagi ye. Hah,kau sanggup hantar aku pergi klinik bila aku sakit. Selepas itu kau tak kedekut. Pokoknya semua yang baik ada pada engkau.” Balas Qurratu bersungguh-sungguh.

Muka Izham masih tidak puas hati dengan jawapan Qurratu. Qurratu yang melihat wajah Izham terus berasa pelik. Apa lagi yang tak cukup? Qurratu mencari idea. Apa lagi yang perlu dikatakan? Tiba-tiba satu perkataan muncul dalam kotak idea Qurratu, tetapi tidak tahu kenapa hatinya berbelah bahagi. Cakap atau tidak? Karang kalau cakap mamat ni ‘kembang’ pula. Hmph, cakap sahajalah janji kereta ini gerak.

“Hmm.. engkau.. ka..cak..” Qurratu berkata teragak-agak. Kalau ada karung guni mahu dia masukkan kepala dalam karung tu dan pura-pura mati. Malunya!

Izham sudah tersengih-sengih. Dalam hati rasanya macam ada kedai bunga yang banyak. Tidak semena-mena kereta mula bergerak. Qurratu sudah menguntum senyuman. Pasti perkataan itu yang ditunggu-tunggu oleh Izham. Perasan sungguh!

“Mel..kau pastikah ni?” tanya Natasya. Dahi berkerut dan tangan mengaru kepala yang tidak gatal. Masih berdiri di tempat yang sama. Tidak beranjak sedari tadi. Melissa yang hampir masuk ke dalam sebuah restoren mengeluh. Keluhan buat kali keempat diluahkan. Sudah empat kali Melissa mengutarakan jawapan dan jawapan tetap sama. Pasti!

“Cepatlah aku lapar ni.” Rengek Melissa. Kaki kanan sudah melangkah masuk tetapi terbantut kerana tangannya ditarik. Aduh, minah ni aku dah mengidam ni dia tahan-tahan pula.

“Tapi perut aku nak makan nasi bukan kek.” Natasya mengutarakan alasan. Dia bukannya high class person. Tak mainlah makan kek-kek untuk tengah hari. Aku anak kampung. Anak Negeri Sembilan. Mulut nak telan gulai lemak cili api juga.

“Alahai, makcik dekat sini pun ada nasi.” Kata  Melissa tegas. Tangan Natasya ditarik. Akhirnya berjaya juga punggung mereka mendarat diatas kerusi. Tidak sampai seminit seorang pelayan datang menghampiri meja mereka. Selepas memberitahu menu mereka, pelayan itu pun pergi menjalankan tugas.

“Kenapa kau pula yang mengidam ni? Bukankah kakak engkau yang mengandung?” Natasya bertanya setelah sekian lama merajuk. Tidaklah lama sangat. Nak merajuk dengan Melissa, teman berkepitnya mahu tidak tidur dia malam ini.

“Entahlah agaknya aku terkena tempiasnya kut.” Balas Melissa selamba. Dia pun pelik. Dia bukannya pengemar kek sangat lainlah kakaknya. Kakaknya kalau dapat sebiji kek, dia seorang pun boleh habiskan. Lagi-lagi dapat yang kegemarannya, Chocolate Indulge. Tidak berhenti makan!

Selepas 15 minit menu mereka tiba. Melissa memilih kek kegemarannya Mango Delight dan memilih lemonade sebagai minuman. Natasya pula memilih nasi goreng ala Thai dan teh o’ ais limau. Mereka menjamu selera dan sesekali mereka berbual kosong. Alah, perempuan kalau sudah bertemu pasti ada sahaja yang hendak dibualkan.

“Eh Tasya, ibu bapa kau ada tanya fasal kahwin?” Terkedu Natasya. Hampir sahaja tersembur air yang baru sahaja disedut. Entah kenapa mulut Melissa tergerak hendak mengeluarkan isu itu. Mungkin kerana sudah cukup umur untuk bergelar isteri.

“ Sekali-sekala sahaja. Kenapa?” Natasya menyambung suapan yang tergendala tadi.

“Lepas itu kau jawab apa pada ibu kau?” tanya Melissa. Air disedut sedikit demi sedikit. Sengaja jari diketuk diatas meja. Agaknya tidak sabar menanti jawapan dari Natasya.

“Aku kata aku tidak sedia lagi dan selepas itu ibu aku faham-faham sahajalah.” Balas Natasya sambil tangan ligat menyudu kek Mango Delight Melissa. Daripada dibiarkan, baik dia yang menjamah sehingga habis. Sekurang-kurangnya tidaklah mereka amalkan amalan syaitan. Membazirkan amalan syaitan. Melissa memang begitu beli sepotong pasti tidak habis. Jadi tukang menghabiskan, Natasyalah. Patutlah badannya asyik ‘kembang.’

“Hmm.. kalau itu sudah banyak kali aku bilang sama mama. Aku nak something new and fresh.” Balas Melissa sambil melihat gelagat rakannya. Muka Natasya sudah berkerut. New and fresh? Apa Melissa ni nak buah ke?

“Apa kata kau cuba cakap kau tidak jumpa calon lagi.” Natasya cuba memberi idea. Entah kenapa apabila mereka berbincang tentang jodoh banyak pula idea yang melimpah tetapi kalau disuruh menulis, jangan harap ada satu idea keluar. Terus jam!


“Kalau yang itu pasti mama aku mula cakap nak jodohkan dengan sepupu jauh aku. Hish, aku tidak mahu kahwin dengan sepupu. Aku nak macam kak long. Kak long kata bercinta lepas kahwin lagi romantik.” Terang Melissa panjang lebar. Tersungging sebuah senyuman. Pasti fikirannya sudah tiada di alam nyata.


“Hoi, dah sampai mana dah?” perli Natasya. Tangan menepuk meja tetapi tidak terlalu kuat takut menggangu pelanggan lain. Tawa kecil keluar dari mulut Natasya apabila melihat aksi terkejut Melissa.


“Hah? Sudah sampai Beijing kut?” jawab Melissa spontan. Kali ini Natasya tidak dapat menahan tawa. Tersembur keluar tawanya.



"Apa salahnya. Sepupu lelaki kau ada package apa. Kacak dan pandai lagi. Apa yang kurang?" tanya Natasya,serius. Melissa tidak mempunyai ramai sepupu lelaki. Cuma 5 orang. Paling tua berumur 33 tahun dan paling muda berumur 18 tahun. 

"Hish, tak mahulah. Lagipun siapa calonnya? Tak mungkin dengan abang Hadi. Dia dah tua sangat." straw minuman dimain-main. Mata Melissa memandang sekeliling. Ramai juga yang makan disini. Rata-rata pelanggan memesan kek untuk dibawa pulang. Barangkali ingin menyambut hari istimewa.

"Tak mungkinlah. Hah, Hakeem kan ada. Kau orang dah rapat kan? Calon dah ada, kahwin sahajalah." Senang sahaja mulut itu menyuruh. Natasya sendiri masih terpingga-pingga mencari.

Ada betulnya juga kata Natasya, calon dah ada tetapi bolehkah hati dia menerima aku sebagai suri? Memang benar selama ini aku dan dia sangat rapat. Sehingga ketika kami berada di tingkatan lima, heboh satu sekolah yang kami ini bercinta. Sedangkan semua itu hanya ura-ura sahaja. Maklumlah dia mempunyai pangkat, ketua pengawas. Lelaki gilaan semua pelajar perempuan pula. Selepas itu digandingkan dengan aku yang cuma pelajar biasa. Untung sahaja dia tidak ambil kisah tentang gossip-gosip tak berbayar itu, kalau tidak mungkin aku sudah menjadi teman wanitanya. Amboi, perasan sungguh engkau Melissa!

Tiba-tiba hati aku diusik rindu. Rindu pada Hakeem. Rindu sebagai sepupu rapatlah bukan lebih. Sudah lama dia berada di negara orang. Bilakah dia akan pulang ke tanah air? Tidak rindukah dia kepada aku? Sekali lagi, aura perasan engkau datang. Sudah-sudahlah tu Melissa.

Allhamdullilah selesai pun. Beberapa hari di spent hanya untuk siapkan bab 3. Aduh banyak bab yang menyusul. Okaylah badan dah sakit, mata dah ngantuk saya nak publish dan masuk tidur. Oh, buat pembaca-pembaca semua ini bab terakhir yang Mar akan post sebab penatlah nak siapkan manuskrip and post pulak kat blog. Anyway kalau pembaca nak baca kisah selanjutnya, boleh..inform2 lah kat kita via email atau komen je kat bawah tu. Insyallah Mar cuba post. Thanks for reading (:

                                                               XOXO, MAR <3



Comments

Popular posts from this blog

Apa itu TOURISM MANAGEMENT??

Baking 101:Tips for beginner

Apa citer orang tu??