100 Hari- Sinopsis.

Assalamualaikum..

Akhirnya! Dapat juga tulis entry. Thanks to my partner cause she gave me this idea. Hari ni Mar taknak story- mory, Mar cuma nak tunaikan request kawan Mar. Dia nak sangat tahu pasal novel Mar yang takkan publish tu.. ceh entahlah dapat publish ke tak. Jadi cik Aina comel, saya tulis sinopsis dulu ye. Bila2 saya free saya buatlah bab 1 sampai ending ye (:

Sinopsisnye :D

Apa pendapat Cik Melissa Irdina tentang Encik Syafeeq Izham?

Melissa Irdina: Izham? Izham photographer itu ke? Hmm.. saya nasihatkan kepada semua gadis di luar sana janganlah ambil dia sebagai pacar kauorang. Ada 1001 sebab kenapa dia tidak boleh jadi pacar kauorang. Dia itu lelaki paling poyo dalam dunia, perasan handsome, sudahlah tidak kaya, pentingkan diri sendiri, tidak pandai buat kerja rumah dan banyak lagilah yang teruk!. Pokok pangkalnya, jangan ambil dia sebagai pacar! Gerenti hidup tidak akan aman.

Apa pendapat Encik Syafeeq Izham tentang Cik Melissa Irdina?

Syafeeq Izham: Hish, tolong jangan cakap nama dia. Pedih telinga ni mendengar! Perempuan ketot tu. Dia itu tidak ada benda special pun. Tidak cantik, pendek, gedik, geek dan materialistik. Hah, dia tu tak pernah masuk dapur! Perempuan jenis apa tidak pernah masuk dapur. Memang bukan calon menantu pilihan mahupun pemenang menantu pilihan. Siapakah lelaki yang beruntung dapat perempuan 5 tapak tangan ni???

Bermula dengan pertemuan yang tidak menyenang kan, Izham dan Melissa serta merta menjadi musuh. Bukan musuh ketat pun cuma musuh yang langsung tidak boleh bersua muka. Asal jumpa sahaja pasti akan berlaku perang. Ya, perang mulut! Ikatan perjanjian 100 hari ditandantangani antara Izham dan Melissa. 

"Aku akan berikan khidmat sebagai model untuk 100 hari dan engkau kena jadi pembantu rumah aku selama 100 hari. Boleh ke Encik Izham?"- Melissa Irdina.

"Pembantu rumah? Aku lelaki. Tak masuk akal lah kalau aku jadi pembantu rumah"- Syafeeq Izham.

"Kau nak ke tidak?"- Melissa Irdina.

" Hmm.. okay deal."- Syafeeq Izham.

Dalam seratus hari, masing-masing sudah pasang agenda. Memang ada udang di sebalik mee. Melissa dengan taktiknya, begitu juga dengan Izham. Bukan perang mulut sahaja segala senjata dikeluarkan ketika bersama. Perang dunia ketiga meletus!!

"Minta simpanglah untuk aku jatuh cinta pada dia!"- Syafeeq Izham.

"Sampai bila-bila aku akan membenci lelaki yang bernama Syafeeq Izham!"-Melissa Irdina.

 Orang kata dalam kita membenci seseorang, lama-lama perasaan benci itu luluh menjadi cinta. Dapatkah perasaan benci mereka luluh menjadi cinta? Atau dinding benci ini memang kebal? Semuanya akan terungkai di '100 Hari'. 100 Hari? Cukupkah??

Jadi inilah sinopsis novel Mar. Tajuk novel 100 hari. Simple je malas nak pilih panjang2. Nanti complicated, tajuk pun dah complicated macam mana dengan story linenya kan? So, langkah mudah. Pick a simple but nice to hear. Insyaallah Mar akan post more about this novel. Hope pembaca Mar suka. 

P.S: Insyaallah, hari selasa Mar akan post pasal 3 Amanah's reunion. Tadi pun sudah ada makan2. Sambutan hari perpisahan buat teman2 yang akan pergi SBP, Jalan 4 dan sekolah teknik. Okeh2 Mar story- mory ni lain kali ye.

XOXO, MAR

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu TOURISM MANAGEMENT??

Baking 101:Tips for beginner

Apa citer orang tu??