100 Hari- Prolog.

Assalamualikum..

Semalam Mar post pasal sinopsis novel bakal publish Mar tu. Hari ni prolognya pula. Buat pembaca tolonglah berikan komen bagi post yang semalam kerana Mar nak tahu pendapat pembaca Mar. Mar masih bertatih lagi dalam dunia penulisan.Jadi kalau ada kesilapan tatabahasa ke inform2 lah.

Prolognye (:

    Angin pagi yang sejuk telah menerjah tubuhku ketika aku berjalan di persisiran pantai. Tidak semena-mena rambut coklat hazel ku terbang mengikut arus angin. Dingin terasa sehingga ke tulang hitam. Lega bagai semua masalah ku hilang menjadi debu. Pasir pantai terasa lembut ketika ia menyentuh kaki putihku. Cahaya sang mentari pula menjengah. Silau. Aku mula mengambil tempat di pangkin yang tersedia. Tiba-tiba setitik demi setitik air jatuh dari langit. Aik, tadi bukan main panas lagi. Mendung pun tidak.

   "Aduhai, janganlah hujan waktu ni." Tapak tangan sebagai perlindungan sementara dari terkena hujan. Kaki putih itu pantas mencari pelindungan tetap. Lari sana, lari sini tidak juga jumpa.

   "Aik, kak Mel cakap apa ni? Mana ada hujan dekat sini. Mimpi apa pula kakak aku ini.Kak Mel! Oi, kak Mel bangunlah." Kata Izreen sambil menggoncang tubuh kakaknya setelah melihat mulut Melissa tidak habis mengomel tentang hujan.

    Mana pula datangnya hujan sedangkan tubuh itu terbaring diatas katil. Mata masih belum dibuka. Penghawa dingin masih lagi terpasang walaupun cahaya matahari sudah menjengah. Comforter berwarna ungu muda menyelubungi tubuh kecil itu dan tiada reaksi untuk mengubah posisi.

    "Hish, liat sungguh kakak aku ini nak bangun. Tak apa tadi aku renjis sahaja. Nak hujan sangat kan. Ini hujannya." Senyum sampai ke telinga. Bukan selalu boleh buat plan jahat pada kakaknya. Tangan kanan  mengambil segayung air dan sengaja dicurahkan air itu sedikit demi sedikit ke muka Melissa.

    "Mama! Banjir!" Jerit Melissa. Mata masih belum terbuka dek kerana basah disimbah oleh adiknya.Terkekek-kekek Izreen setelah melihat reaksi kakaknya. Lucu sungguh. Gayung yang dipegang di letak di sudut katil. Sorokkan bukti. Mengamuk pula kakaknya nanti.

     "Hah, banjir? Mana banjir nya kak?" Sengaja dia mengacau kakaknya yang mamai. 

     "Areen!" Jerit Melissa setelah otaknya kembali normal. Basah lencun badannya ditambah kedinginan angin dari penghawa dingin. Demam juga aku nanti.

    "Stop, jangan marah dulu. Sekarang sudah pukul 9 pagi. Akak tidak kerja ke hari ini?" Tanya Izreen. Memang pertanyaan itu yang ingin ditanya dari tadi.

    Pantas Melissa mencapai jam loceng di meja lampu sebelah katilnya. Bulat mata Melissa setelah melihat angka 9.00 a.m. Serta merta dia melompat dan menerjah bilik mandinya. Izreen yang sedari tadi melihat kakaknya hanya tergelak. Dia mula beredar dari kamar kakaknya. Walaupun tidak diberi jawapan tetapi dia sudah tahu jawapan dengan hanya melihat reaksi kakaknya. Lambatlah tu.

Jadi inilah prolognye. Kalau boleh Mar nak tulis lagi sebab nampak macam sikit je tapi ditahan takut tertulis jadi 1 bab pulak. Ini selingan dari bab 1. Mar sengaja ambil jadi prolog senang sikit. Anyway nanti Mar sambung buat bab 1 pulak. Berikanlah komen ye. Most dalam tatabahasa. Thanks for reading!

XOXO, MAR 

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu TOURISM MANAGEMENT??

Baking 101:Tips for beginner

Apa citer orang tu??