100 Hari- Bab 1
Assalamualaikum..
Fuh, sakitnya pinggang bila menaip untuk bab 1. Aik, bukan sepatutnya jari yang sakit ke? Pinggang ni pun sakit jugak kerana Mar tidak duduk dalam postur yang betul ketika menaip. Otak pun penat sampai pening kepala. Migrain singgah kejap. Alhamdulillah, dengan izin Allah Mar berjaya juga siapkan 1 bab. Baru satu bab ada berpuluh-puluh bab lagi akan menyusul.
Buat pembaca yang menunggu.. ceh macam dia dah pernah tulis bertan-tan buku. Untuk bab 1 tak banyak cerita sangat jadi maybe bowring cikit kut ): Hopefully korang enjoy baca. Oh, kalau nak curahkan idea bernas korang boleh jugak. Dialu-alukan.. Nanti Mar inform nama2 penyumbang idea. Jangan risau :D
Bab 1.
Angin pagi yang sejuk telah
menerjah tubuhku ketika aku berjalan di persisiran pantai. Tidak
semena-mena rambut coklat hazel ku terbang mengikut arus angin. Dingin
terasa sehingga ke tulang hitam. Lega bagai semua masalah ku hilang
menjadi debu. Pasir pantai terasa lembut ketika ia menyentuh kaki
putihku. Cahaya sang mentari pula menjengah. Silau. Aku mula mengambil
tempat di pangkin yang tersedia. Tiba-tiba setitik demi setitik air
jatuh dari langit. Aik, tadi bukan main panas lagi. Mendung pun tidak.
"Aduhai, janganlah hujan waktu ni." Tapak tangan sebagai perlindungan
sementara dari terkena hujan. Kaki putih itu pantas mencari pelindungan
tetap. Lari sana, lari sini tidak juga jumpa.
"Aik, kak Mel cakap apa ni? Mana ada hujan dekat sini. Mimpi apa pula
kakak aku ini.Kak Mel! Oi, kak Mel bangunlah." Kata Izreen sambil
menggoncang tubuh kakaknya setelah melihat mulut Melissa tidak habis
mengomel tentang hujan.
Mana pula datangnya hujan sedangkan tubuh itu terbaring diatas katil.
Mata masih belum dibuka. Penghawa dingin masih lagi terpasang walaupun
cahaya matahari sudah menjengah. Comforter berwarna ungu muda menyelubungi tubuh kecil itu dan tiada reaksi untuk mengubah posisi.
"Hish, liat sungguh kakak aku ini nak bangun. Tak apa tadi aku renjis
sahaja. Nak hujan sangat kan. Ini hujannya." Senyum sampai ke telinga.
Bukan selalu boleh buat plan jahat pada kakaknya. Tangan kanan mengambil segayung air dan sengaja dicurahkan air itu sedikit demi sedikit ke muka Melissa.
"Mama! Banjir!" Jerit Melissa. Mata masih belum terbuka dek
kerana basah disimbah oleh adiknya.Terkekek-kekek Izreen setelah
melihat reaksi kakaknya. Lucu sungguh. Gayung yang dipegang di letak di
sudut katil. Sorokkan bukti. Mengamuk pula kakaknya nanti.
"Hah, banjir? Mana banjir nya kak?" Sengaja dia mengacau kakaknya yang mamai.
"Areen!" Jerit Melissa setelah otaknya kembali normal. Basah lencun
badannya ditambah kedinginan angin dari penghawa dingin. Demam juga aku
nanti.
"Stop,
jangan marah dulu. Sekarang sudah pukul 9 pagi. Akak tidak kerja ke
hari ini?" Tanya Izreen. Memang pertanyaan itu yang ingin ditanya dari
tadi.
Pantas Melissa mencapai jam loceng di meja lampu sebelah katilnya.
Bulat mata Melissa setelah melihat angka 9.00 a.m. Serta merta dia
melompat dan menerjah bilik mandinya. Izreen yang sedari tadi melihat
kakaknya hanya tergelak. Dia mula beredar dari kamar kakaknya. Walaupun
tidak diberi jawapan tetapi dia sudah tahu jawapan dengan hanya melihat
reaksi kakaknya. Lambatlah tu.
Selang beberapa minit, Melissa sudah keluar dari kamar mandi. Muka disapu dengan bedak asas dan bibir dioleskan sedikit lip gloss. Tanggan kanannya mencapai beg sandang kegemaranya dan pantas kaki itu melangkah keluar dari kamar. Setibanya di tinggkat bawah, Puan Dahlia sudah menyediakan secawan jus oren. Dihulurkan kepada puteri kesayangannya. Beginilah kerenah Melissa setiap pagi. Sentiasa bangun lambat. Selepas itu mulalah tidak mengambil sarapan. Tegesa-gesa sehingga tertinggal barang. Careless sungguh puteriku sorang ini.
Pernah sekali Melissa tersalah pakai kasut. Sebelah kanan lain begitu juga dengan sebelah kirinya. Untung sahaja abang Melissa ada di rumah kalau tidak malu besar puterinya itu.
"Mel, hati-hati bawa kereta itu. Kereta kamu itu sudah 5 kali masuk workshop. Banyak pula duit mama keluar nanti." Sempat abangnya Izrul melontarkan nasihat dan ada selingan sindiran. Apa punya abanglah ini.
"Thank you for that teasing, dear brother." Melissa memboloskan diri ke dalam perut kereta mini cooper nya. Sekejap sahaja kereta mini itu hilang dari pandangan Izrul dan puan Dahlia.
"Kamu ini tidak bolehkah tidak mengacau adik kamu itu sehari. Dia tengah nak cepat ke tempat kerja, kamu sempat mengacau dia. Untung dia tidak belasah kamu tadi." Kata Puan Dahlia setelah kembali duduk diatas sofa.
"Itu bukan kacau mama. Itu nasihat. Izrul mana pernah kacau adik." Balas Izrul. Memang untung dia hari ini. Angin Melissa agak baik jika tidak tunggang terbalik banglo 3 tingkat milik keluarga Encik Zakaria.
"Sudahlah jadi malas mama nak bercakap dengan kamu ini. Banyak idea kamu nak menjawab." Puan Dahlia sudah bergerak ke dapur.
Melissa sempat membetulkan rambutnya sebelum melangkah masuk ke pejabatnya. Sudah namanya perempuan, wajib menjaga penampilan diri. Selepas berpuas hati dengan penampilannya, Melissa pantas memboloskan diri ke dalam lif yang hampir tertutup pintunya. Selamat dan tiada cedera.Mentang-mentang badan itu kecil. Beberapa orang yang sedia ada di dalam lif tersenyum bila melihat aksi Melissa yang mengejut itu.
Tindakan refleks kerana dia sudah terlepas meeting dan sudah lewat 30 minit. Aduh, alasan apa pula aku nak bagi. Tentu Encik Hadree marah aku teruk-teruk kali ini. Bersedialah wahai Melissa untuk dipecat dari tittle seorang penulis.
Ting!
Tiba juga di tingkat 5. Penuh debaran di hati. Melissa tetap melangkah ke pejabatnya. Tangan kanan menolak pintu kaca. Orang yang pertama yang menyapa Melissa, tidak lain dan tidak bukan musuh ketatnya, Crystal.
"Habislah engkau kali ini Mel. Nampaknya terpaksalah aku sediakan air mata palsu hari ini. Makan besar aku malam ini." Belum apa-apa lagi telinga Melissa sudah dihangatkan dengan ayat bisa Crystal. Panas sebelum mendengar amarah Encik Hadree.
"Simpan sahajalah airmata palsu kau dan tidak payah membazir duit nak makan restoran mahal. Kau tu bukannya kaya sangat. Nanti siapa yang nak bayar duit kereta kalau kau habiskan gaji untuk makan besar. Simpan sahajalah duit kau." Sindir Melissa dengan beraninya seakan-akan dia tidak bakal dipecat. Itulah kalau diberi seseuatu yang buruk harus dibalas dengan buruk. Barulah fair and square. Sekarang satu sama. Yes!
Melissa berjalan dengan bangganya. Lupa terus tentang bala yang akan menimpa. Seronok bila dapat menutup mulut tiada insurans itu. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Melepaskan penat. Penat bertekak dengan Crystal. Senyuman terukir.
"Mel, kenapa kau lambat? Sekarang kau kena laporkan diri. Cepat!" Pertanyaan sekali gus arahan diberi oleh Natasya. Natasya adalah teman rapatnya merangkap teman berkepitnya. Jadi orang pertama yang bising pasti Natasya. Kalah keluarga Melissa. Pokoknya, Natasya bagai ibu keduanya.
Terus hilang senyuman manis tadi. Muka cuak terukir pula. Aduh, ada kupu-kupu singgah pula dalam perut ni. Janganlah engkau buat hal sekarang. Steady Mel. Hati kembali berdebar. Langkahnya bagai mati setelah tiba di depan pintu pejabat Encik Hadree. Tangan pun keras, kaku, tidak boleh bergerak. Mel, fikir positif. Everything will be alright. Engkau tidak akan di pecat. Melissa cuba memotivasikan hati supaya tenang.
Akhirnya, tangan boleh digerakkan untuk mengetuk pintu pejabat bosnya. Beberapa detik satu suara menyahut ketukan tadi. Perlahan-lahan Melissa memulas tombol pintu dan maelangkah masuk. Setelah melangkah beberapa tapak dari pintu, Melissa serta merta berdiri tegak lalu memandang sekilas wajah di hadapannya. Wajah kegilaan ramai wanita terutama wanita di pejabatnya. Termasuk dia.
"Cik Melissa, saya nak awak mula mencari satu topik untuk edisi bulan hadapan." Tiada bunyi ketegasan dalam arahan lelaki tersebut. Aik, dia tidak marah pada akukah? Macam mana dia tahu aku yang masuk? Tangan lelaki itu masih membelek kertas kerja. Langsung tidak memandang wajah Melissa.
"Cik Melissa faham arahan saya?" Barulah wajah putih bersih itu memandang Melissa setelah tidak menerima jawapan. Terpanar seketika Melissa. Kacak sungguh. Untung bagi sesiapa yang berjaya memilikinya. Aliff Hadree mengenakan kemeja lengan panjang berwarna biru muda tetapi lengan baju disinsingkan. Tampak berkarisma betul.
"Cik Melissa faham arahan saya?" Sekali lagi Hadree bertanya. Melissa ini fahamkah? Bukan susah sangat arahan aku. Hadree sudah mula bangun mendekati Melissa. Melissa yang sedar akan perbuatan Hadree terus membalas pertanyaan tadi. Setelah mendengar jawapan Hadree kembali duduk.
"Kalau sudah tiada apa-apa, izinkan saya keluar untuk menyambung kerja saya Encik Hadree." Melissa sudah hendak keluar kerana dia merasakan satu haba di pipinya. Pasti pipi aku merah macam buah tomato. Malunya.
"Hari ini tiada alasan pulakah?" Senyuman manis terukir di bibir. Comel pula bila wajah Melissa memerah macam buah delima.
"Hah?" Terpingga-pinga Melissa setelah mendapat soalan cepumas itu. Aduh, aku ingatkan dia sudah lupa.
"Yalah, awak lambat 30 minit hari ini dan awak tidak masuk meeting pula. Tidak mungkin tiada alasan. Biasa ada sahaja alasan awak." Sambung Hadree
"Hmm.. ada tu ada Encik Hadree tetapi saya tahu kali ini mesti saya kena pecat." Kata Melissa dengan nada sedih tetapi disorok. Tidak mahu lelaki pujaan wanita nampak. Malu besar dia nanti. Tiada siapa yang hendak dipecat dari kerjaya impian. Menjadi seorang penulis memang kerjaya impian Melissa.
"Aduh, tepilah sedikit. Aku pun nak dengar." Bergasak-gasak Natasya bersama rakan kerja yang lain di depan pintu pejabat bos mereka. Pasti ingin mendengar perbualan atau sesi pemecatan Melissa. Biasalah Natasya mesti ingin menjadi orang pertama yang memberi sokongan. Itulah gunanya kawan karib. Haruslah berkongsi suka dan duka.
Kebetulan Crystal lalu di hadapan pejabat Encik Hadree, nampaklah adengan tolak menolak. Crystal bagai tahu apa kehendak rakan-rakan sekerjanya mula tumpang sekaki.
"Shuh..shuh pergi buat kerjalah. Makan gaji butakah apa." Marah Crystal. Natasya buat memek muka menyampah. Siapa yang tidak menyampah dengan Crystal. Gadis paling gedik seantero dunia. Suruh orang pandai tetapi dia sendiri yang terhegeh-hegeh pasang telinga. Cakap tidak serupa bikin!
Gedebuk!
Semua yang menyaksikan adengan nangka busuk jatuh meletuskan tawa. Melissa dan Hadree turut ketawa. Padan dengan muka Crystal. Mahu sangat jaga tepi kain orang. Dek kerana malu setebal mekap 1 inci setengah. Aik, boleh pula main setengah-setengah. Pantas Crystal melangkah pergi ke mejanya semula. Melissa pun kembali ke meja kerjanya.
" Jadi macam mana mak cik?" Itulah panggilan yang biasa dipanggil oleh mereka berdua. Perkataan 'mak
cik' itu memang sinonim dengan peragai mereka ala-ala mak cik gitu.
"Tidak dipecat." Balas Melissa ringkas. Malas mahu cerita panjang-panjang. Tidak pasal esok dia bangun lambat dek kerana membuat kerja sehingga pagi menjengah. Hari ini dia bangun lambat pun angkara Natasya.
Boleh pula dia mengajak Melissa menonton drama korea 'Big'. Kalau diikutkan dia tidak mahu menonton drama tersebut tetapi disebabkan dia peminat Gong Yoo dan Lee Min Jung, bersengkang mata juga menonton drama tersebut.
"Wah, sayang sungguh Encik Hadree pada engkau. Mesti si Crystal menangis tidak henti dalam tandas bila dia tahu nanti." Muka Melissa kembali merah bak buah delima. Perkataaan 'sayang' itulah puncanya. Sepatutnya dia sudah tidak kerja lagi di sini. Sudah 4 kali dia datang lewat ke tempat kerja dan 2 kali tidak masuk meeting penting. Dia layak dibuang kerja. Kenapa dia tidak di pecat?
Betulkah Encik Hadree sayangkan aku sampai tidak sanggup pecat aku? Mel, engkau tdak perlu syok sendiri. Mana mungkin Encik Hadree sayangkan kau. Sayang? Sayang yang macam mana ini?
Jadi inilah Bab 1 nye :p Minta maaf panjang sangat entry ni. So bersengkang mata lah membaca ye teman2. Enjoy korang ^-^ Thanks for reading (:

XOXO, MAR
Comments
Post a Comment