Special Thanks to Special Friends
Assalamulaikum..
Okay entry kali ni aku nak berikan penghargaan buat teman-teman ku yang tidak pernah penat dengar keluhan aku setiap hari. Korang sanggup dengar masalah aku. Dan korang sanggup ajar aku maths sampai aku dapat. Ye..ye..ye.. aku memang lemah dalam maths. Dah2 aku nak buat entry ni special untuk kawan aku bukan nak luahkan kelemahan aku. Okay, aku tak tau nak start dari siapa?
Okay lah, aku mulakan dengan gadis bertudung purple ni. Nama penuh dia Sharifah Khadijah. Sebenarnya nak tulis nama ayah dia tapi takut salah pulak. Jangan marah ye Sharifah (puppy dog face) Kitorang dah duduk 1 kelas dari form 1 sampai sekarang tapi kitorang rapat baru tahun ni. Macam mana kitorang rapat? Bermula dengan tawaran tusyen aku. Cikgu cakap siapa dapat bawa kawan mendaftar kat tusyen dapat 10 ringgit. Murid sekolah macam aku kalau dapat tawaran macam tu..apa lagi.. Jadi aku pun start lah jadi tukang promote kat kengkawan kelas aku. Sharifah pun nak lah masuk tusyen aku. So, sejak dari hari tu kitorang jadi rapat. Tiap2 hari balik sekolah sama2. Berebut artis korea sampai cop awal2 jadi bakal husband.Ha..ha..ha..hampir setiap hari kitorang berebut kalau tak berebut mesti ada yang tak kena lah hari tu. Sharifah jangan marah aku sebab aku tulis pasal scene rebut ni.. Gelak sampai pecah perut kat tusyen and share problem and secret. Thanks sangat2 Sharifah. Walaupun kita jumpa lagi tahun depan tapi kita maybe tak sama kelas. Aku harap kita masih boleh balik sekolah sama2 lagi. Miss U so much!
Okay, now move on to.. rasa2nye yang mana kawan aku. Gadis yang bertudung hitam itu lah kawan aku. Nur Azalea. Nama dia unik kan begitu juga dengan perwatakkan dia. Gadis yang sentiasa senyum dari luaran tapi takde sesiapa tau isi hati dia. Sampai aku pun susah nak jangka apa yang dia fikir. Orang sakat dia pun dia masih boleh tersenyum. Sikit pun tak merajuk. Tak macam aku kuat merajuk. Dia ni jenis yang santai sangat. Aku suka kawan yang macam ni sebab tulah aku anggap dia special. Aku tak berapa ingat sangat macam mana aku boleh rapat. Oh, aku rasa tahun lepas kut aku rapat dengan dia. Tak silap bermula dengan minat kitorang pada k-pop. Kitorang mula cakap pasal rancangan variety korea yang top Running Man. Kitorang berdua memang gilerrrrr Running Man nie. Dia lah mastermind dalam menghasut kengkawan dia tengok cerita ni cuma seorang je yang tak terkesan dengan plan tu, Sharifah.Sama macam Sharifah aku pun selalu balik dengan Azalea. Bermula tahun ni aku selalu temankan dia kat bustop sebab kalau balik awal pun bukan nya ada teman berborak kat rumah. So, aku stay sampai Makcik yang slalu jemput dia sampai. Hampir everything aku share ngan dia tapi dia still dengar. Komawo Ahjumma!
Hmm..gadis cun gilaan ramai.. Where to start? Ila Nurmaisara nama sahaja dah cantik, muka pun lawa, otak pandai. Apa lagi aku nak cerita? What makes she become special friend to me? Ila ni aku kenal taklah lama. Kitorang rapat awal tahun lepas. Dia special bagi aku sebab dia tak pernah berhenti bagi courage kat aku supaya aku more confident dalam apa sahaja aku buat. Nak jadi cerita masa form 1 aku ni jenis yang pendiam tapi mula tahun lepas bila aku start kawan dengan dia aku jadi more talkative but with certain orang je dalam kelas. Mungkin confident dia tu ada pergi sikit kat aku. Ila ni dia jenis talkative and dia kira cepat sangat mesra dengan orang. So, kemungkinan aku rapat dengan dia sebab tu. Bila aku nak tanya pendapat mesti dia sedia dengar. Masa form 2 aku banyak dengar masalah dia now dia yang banyak dengar masalah aku. Dia selalu beri jawapan yang direct so senang bagi aku nak faham. Kira kitorang banyak membantu antara satu sama lain. Tahun depan maybe aku dah tak boleh nak jumpa dia. Aku janji dengan diri aku yang aku takkan lupa jasa yang kau buat kat aku. Love U so much! Rindu kau!
Comments
Post a Comment