Special Thanks to Special Friends II
Assalamualaikum..
Hari ni aku nak sambung penghargaan buat teman-teman aku. Semalam tu lebih kepada rakan sekelas. Kali ni lebih kawan dari sekolah rendah sampai sekarang.
Nama dia Amira 'Addawiyyah. Aku kenal dia waktu aku darjah 6 sebab kitorang 1 kelas + aku pulak duduk sebelah dia. Dia ni cepat mesra jugak orang nye sama macam Ila. Bagi aku dia ni special sebab dia dah macam ibu kedua bagi aku. Dia ni boleh kata berfikiran matang sikit berbanding aku dan teman2 yang lain. Boleh dikatakan semua kengkawan mesti minta pendapat dari dia. Sekarang ni aku rasa sedih sikit lah sebab dia dah pindah ke Terengganu. Korang mesti fikir boleh contact pakai social network or texting or call. Tapi rasa tu tak sama kalau kita face to face. Dia pindah masa aku form 1 tapi dia berkesempatan bersekolah kat sini sekejap waktu form 1 tu. Kitorang tak satu sekolah. Dia lagi pandai berbanding aku sebab tu kitorang tak satu sekolah. Baru2 ni dia balik sini so apa lagi macam2 aku cerita kat dia. Dari A-Z. Thank Mira sebab ko sudi jadi kawan aku walaupun aku ni kurang pandai sikit.. Tahun depan kalau balik bagitau aku!
Minta maaf gambar ni tak berapa jelas. Kalau korang nampak, alhamdulillah. Tu hah, gadis kat belakang tu. Ni lah kawan baik aku dari aku start sekolah sampai sekarang. Siti Nur Afiqah namanya dan anak kelahiran Kelantan. Aku kenal dia dari darjah 1. Dia lah yang masih berkawan dengan aku kalau yang lain tu tak tau lah dah pergi mana. Aku tak tau macam mana kitorang masih berkawan sedangkan kitorang sekolah rendah setahun je tak satu kelas. Naik sekolah menengah, kitorang dah tak satu kelas tapi satu sekolah lah. Kat sekolah menengah aku sibuk dengan kawan aku dia pun sibuk dengan kawan dia. Dia kawan aku yang selalu buat kerja gila2. Aku ingat lagi kitorang pernah cari masalah waktu darjah 6 dengan seorang musuh kitorang. Tengok betapa nakalnya aku waktu sekolah. Kalau boleh aku nak type kerja giler yang kitorang buat tu tapi takut jatuhkan maruah dia pulak. Sebelum kitorang buat kerja tu kitorang lepak kat rumah aku lepas sekolah untuk list out kerja2 balas dendam. Ha..ha..ha, macam2 kitorang list out contoh nak letak air dalam beg sekolah dia. Aduhai, aku tak sangka aku boleh buat kerja gilerr ni dengan dia.Thanks pikachu ^-^ Thanks jugak sebab bagi aku peluang makan budu kat rumah kau. Thank U so much <3
Assa! Ini lah yang aku tertunggu2 nak cerita. Gadis hitam manis yang unyu ni kena dengan character dia yang kelakar, comel dan spontan. Nama penuh dia Ameerahsyaza. Kenapa aku tertunggu2 nak cerita pasal dia? Sebab dia lah yang paling special. Aku tak berapa ingat sangat bila kitorang kenal tapi aku ingat kat mana kitorang kenal. Kitorang kenal kat sekolah agama. Sebab watak dia yang kelakar cute ni jadi banyak orang nak kawan dengan dia. Aku pun tak terkecuali lah. Meera atau suatu ketika dulu dipanggil me-ow, memang a cat lover. Sebab tu kitorang panggil dia me-ow. Aku pun cat lover jadi sekepala lah kitorang ni. Dia ni pandai melukis, so dia kira hotstuff lah kat sekolah agama. Banyak orang mintak dia lukis. Dia pernah try lukis komik tau. Orang beratur tau nak baca komik dia. Hah, tak hotstuff gitu. Sekarang dia masih melukis but now lagi improve. Dia dah boleh lukis potret. Aku bangga sangat dengan dia. Walaupun impian dia nak publish komik macam orang lain tak tercapai.. tetapi dia dapat lukis mural kat sekolah. Cantik sangat ^-^ Aku tau kau boleh publish komik macam orang lain! Satu je aku mintak jangan stop mengharap impian ko tercapai..okay! Me-ow Fighting!!!
I have a friend name Marissa and I know she would know who I am just by looking at my fake account name. I do not know wether she still blogs but I want her to know that my whole family saw what she has written about me and how suprised I am to read it and they agreed most of the friends I have they want me to never let them go and most of the friends is her, Marissa Azhan. She is quite mature.. Well more mature than I am. She is beautiful but she never realised that. Or is it she just doesn't wants to admit? Ahahaha~ We are still in the same school but too bad that we're not in the same class. She is the greatest sister that anyone could ever ask for. Dengar tuh Iz! Her family is the first family that accepts me for who I am! Like... Literally! Her mom is beautiful just like and her dad... Looks too young for his age! Eventhough I don't even know his true age... They welcomed me into their house with an open heart made me full of jealousy towards Marissa. She is lucky. But I'm far away luckier than her because I have her as my best friend since skola agama. Beat y'all! Distance doesn't matters, bond does. Persahabatan teguh! Chewahh! ..seriously though.
ReplyDelete