Hateful Memories


Assalamualaikum..

 How to start? Hateful memories ni tajuk yang common. Boleh jadi macam2. Memories ni antara yang paling aku tak boleh lupa sebab ia berkaitan dengan kekurangan luaran aku. Aku memiliki kulit yang tak licin. Kalau dah kulit tak licin tu banyaklah mulut2 yang mengeluarkan topik tu bila berkumpul. Biasalah dah nama perempuan dan remaja pulak topik kecantikan ni mesti keluar punya. Aku tak kesah sangat bila kengkawan aku nak advise atau tukar pendapat tetapi aku benci bila diorang cakap tu nak cover yang sebenarnya diorang nak cakap pasal aku. Okaylah korang mesti tak faham sangat kan so aku cerita lah pengalaman aku.

CERITA 1

Okay, cerita ni berlaku pertengahan tahun ni kut. Aku pun tak pasti. Cerita ni berlaku kat tusyen. Ada lah sorang budak baru daftar masuk tusyen. Dia ni baik orang nya tapi tak sangka beberapa hari dia mula tunjuk belang dia. Aku tak tau pulak mulut dia laser. Ini ayat dia " Marissa.. nama cantik.. tapi muka.." Apa point dia cakap macam tu. Topik perbualan kitorang sebelum tu bukan pasal aku pun. Aku sedar aku ni tak lawa tapi perlu ke dia cakap macam tu. Sakit betul hati aku waktu tu. Kalau jelah waktu tu aku dengan dia je mahu aku belasah dia cukup2. Untung Meera tengking dia. Thanks Meera. Lepastu boleh dia cover "Eh, sebenarnya aku nak cakap nama cantik, muka pun cantik." What? Sempat dia cover! Dia ingat aku ni bodoh tahap maksimum ke? Memang betul aku tak pandai tapi aku taklah bodoh sangat! Kawan sebelah dia menyampuk "Dia tak dengar ke?" Lepastu dia jawab "Dia tak dengar tu" Memang aku sengaja je buat2 pekak. Hoi, jarak tempat duduk aku dengan kau 2 langkah je! Nak memperbodohkan orang tapi sebenarnya dia yang memperbodohkan diri dia sendiri.

CERITA 2

Ni satu lagi cerita. Tak lama sangat lah berlaku dalam beberapa minggu sebelum cuti sekolah start. Sekolah kitorang ada buat perlawanan basketball and kelas aku dapat masuk semi-final dan final. Tu bukan ceritanya. Ada kawan aku ni dia tak pakai kasut sekolah and dia kena tahan dengan cikgu. Cikgu suruh dia cari kasut sekolah sampai dapat. Jadi dia tukar kasut dengan aku. Lepas tu aku nak kena jumpa cikgu jadi aku kena pakai kasut sekolah. Disebabkan dia tengah main aku pinjam Farihah punya kasut. Lepas aku habis jumpa cikgu aku tukar balik. Sebelum tukar tu ada sorang budak kelas aku gelakkan Farihah. Kalau gelak perlahan takpe jugak. Panas je hati aku bila pandang dia! Tu tak cukup panas lagi. Lepas tukar aku berdiri berlakang dia. Dia paling belakang and pandang aku pastu gelak. Okay, tu boleh terima lagi. Aku sengaja tanya dia. "Kenapa kalau tuan punya kasut ni pakai nampak okay je?" Dia balas "Sebab tuan punya kasut ni comel.." Memang tuan empunya kasut ni comel. Dia sambung "Bukan maksud aku korang tak comel, tak cantik tapi tak tau kenapa memang tak sesuai kalau korang pakai." 'Bukan maksud aku' Terus terang jelah cakap aku ni tak lawa tak perlu nak cover2. Kalau ada pokok cili berdekatan. Nak je aku tonyoh kat mulut dia. Tapi aku cuba kawal marah aku.

p.s: Entry ni sebagai luahan perasaan aku je. Bagi sesiapa yang terasa, aku minta maaf sangat2.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu TOURISM MANAGEMENT??

Baking 101:Tips for beginner

Apa citer orang tu??