100 Hari- Bab 3
Assalamualaikum.. Salam rindu dari Mar. Hihihik. Ada orang rindu kita ke? Ofcourse takde. Dah banyak kali masuk draft entry ni sebab Mar tak tau nak mula mcam mana. Nak start dengan bebelan makcik Marissa atau nak straight to novel. Wokeyh, so i just straight to the point jelah. Lagipun pembaca blog tak suka kita membebelkan. Enjoy! BAB 3 "Sayangku, aku yakin..Kau sebahagianku. Sayangku, aku pasti..Takdir kita bertemu." Nada dering lagu Jerrypah nyanyian Aizat memecah kesunyian pagi sekaligus menggangu lena Izham pada pagi Sabtu itu. Dibiarkan sehingga lagi itu habis. Malas. Pagi-pagi dahmengacau orang. Sekali lagi nada dering itu berbunyi. Seperti tadi Izham membiarkan sahaja. Izham menarik selimut sehingga ke paras dada selepas tidak kedengaran lagi lagu Aizat. Putus asa lah tu. Niat dihati ingin menyambung mimpi tetapi nada dering itu kedengaran lagi. Nampaknya silap tekaan Izham. Tangan mencapai telefon bimbit dan didekatkan di telinga. "Assalamualai...