KAMI S.L.B ESCAPE: FROM RAPID SHOOTING (TAMAN NEGARA, PAHANG) TO ARTISTIC IN KUALA LUMPUR (Part 1)

Assalamualaikum💚

Belanja lah story yang dah basi.*Actually this post dah ada dlm draft agak lama sampai trip ni pun dah tak jadi best sebab memory berkarat 😄* Busy lah dear. Hoi, panjang nyer tajuk nak oi. Nak gi mana panjang2 ni😆

Seperti mana yang dijanjikan ni kira last post pasal trip semester 4. Still sedih 😢 jadi malam ni nak ubat rindu skit. I'm not sure whether I want to write my personal trip to Penang dalam ni. Should I sekalikan or kita asingkan. But nothing much in Penang more like a rest escape since menghadap paper law dan other killer paper few night before.

Weird? This semester takde langsung yang bukan killer paper. Why!!

Okay marilah kita teruskan journey kita yer. Yuk, kita ke Taman Negara, Pahang!🙌
 Trip ni under subjek Travel writing and photography *love this💗*. So here, I curang  sebab task for this subject is creating a travel blog. End up I share kat blog tu dulu baru kat sini. Mianhaeyo.

Peruntukan untuk trip kali ini..jeng..jeng..jeng...
RM400. Yup 400! Sila lah tutup mulut anda, air liur kluar dah tu🙊 For me mungkin mahal sebab masuk dalam taman negara kan. Is it worth? What the rate?
I give 8/10 for the whole trip including kat KL. Worth jugak lah for the whole activity siap singgah Kuala Gandah tengok gajah. Tapi for the accomodation I'm a bit dissapointed. Kali ni memang Mar tak tau kata mana kitorang stay who organized I just follow the flow.

Bagi hujan gambar...


So this is our accommodation. Alhamdulillah selesa walaupun xdelah semewah yang kat dalam taman negara tu. Mak aih kalau duit berkepuk memang nak yang kat dalam taman negara tu. Sumpah lawa ala2 luar negara gitu. For those yang nak mewah pilihlah tempat lain. For us yang nak rehat semalam je kan cukup lah motel tu je.

Kami bergerak naik bas Khamis malam. Kami pergi 3H 2M, which is 1 malam kat taman negara the next night dekat KL. Biasalah dalam group trip ada je yang x berapa okay kan. Macam kami kena haritu perkhidmatan bas tak berapa okay. So if you guys plan like a class trip or family day yang memerlukan bas ke better find review and do some research.

Sampai Taman Negara dah tengah hari macam tu, terus check in siap2 then lunch. Lepas lunch rest kejap macam lepas zuhur macam tu kami straight to do our 1st activity.

Here we go RAPID SHOOTING!!!!!

Jeep yang kami naik untuk sampai ke tempat rapid shooting.


Sebenarnya tak tau apa kebenda lah kan rapid shooting. Dok fikir tembak2 macam paint ball. So memang syak habis lah sakit2 lah badan den. Dengan hati yang berdebar naik lah kereta yang disediakan.

TADAAA!!!


Sampai sungai awak2 semua. Kat sini dah pelik bila coach or trainer tu suruh simpan all the bags and phone ke dalam beg plastic. Dah naik boat semua, sebelum gerak they asked us to wear the safety jacket. Hangpa jangan dok pkai ala kadar jer. Kalau jatuh tenggelam baru menyesal.

Ada pangkin boleh yang nak camping dekat sini. Ingat untuk duduk santai tengok sungai tapi tempat diorang camping. Rasa jelah.

Nampak tak boat kecik tu hah yang tu la transport kami untu ke taman negara di sebrang. Tu jugak boat yang kami naik untuk rapid shooting.


Mula2 slow je die bawak boat tu so kita pun relax tengok nature kan. Sumpah lawa klau boleh bwk kluar phone time tu aku dah snap gambar. Relaxation time ENDED! The boat start to speed up and here comes the so called rapid shooting. So rapid shooting basically there will be 2 boats and they will compete. Caranya mereka akan tahan air sungai guna pendayung bila the boat speed up.

Maka air sungai akan terpercik lah ke muka. Pakej kira mandi skali. Masa kami pergi tu cuaca agak mendung so kena air sungai, Pergh! Memang sejuk ke tulang ni. Dah berbulan pergi still boleh rasa sejuknyer tu. Boleh dapat tangkap tak situation die. Boat A akan simbah air ke Boat B and vice versa.
This event akan berhenti bila dah sampai ke perkampungan orang asli.

Mar baru tau sebenarnya orang asli ni ada banyak puak die and kepercayaan depa semua lain2. So ada lah episode time kami sampai kat kampung ni. I'm a cat person so nampak kucing macam nampak emas tu. Ada lah few cats there, excited lah akak! Tetiba the coach or trainer tu menyelit kata orang asli sini makan kucing😱 Aku dah tarik tangan kawan aku tak mau naik tengok diorang. Haha, biasalah datang jiwa keibuan gitu. Bab dera or makan kucing ni I memang sensitive.

Dah naik atas pun pakcik tu still cakap pasal makan kucing, Aku dah tak tahan. Sekali die tipu dah🙍
Mangkuk ayun betul, aku percaya lah 100%  Lega lah skit bila tau die tipu je.Lama jugak dekat perkampungan ni sebab kita didedahkan dengan cara nak menyumpit, macam mana nak hidupkan apa pakai kayu apa tah. Nampak lah tak fokus tu kan.

After rapid shooting & visit perkampungan orang asli.

Nampak tak yang baju oren tu, dia lah yang bagitau orang asli situ makan kucing😒 Di sebelah malam pulak kami buat night walk dalam taman negara. Ni baru masuk taman negara betul2. Kat sini lah aku nampak chalet yang lawo2 belako tu. Ada satu gambo je sebab kat dalam hutan tu pkai flashlight phone memang tak menyempat ler nak tangkap gambar.

Sebelum bertolak masuk die bagi briefing.

Nampak tak macam cabin kat dalam gambar ni kan. Kat situ boleh lah beli air ke snack ke. Tapi dinasihatkan bawak lah air korang sendiri. Sebab mahal bebenor harga die. Ni bukan markup 2 kali ganda tapi dh 3-4 kali ganda dah. Bawak sebotol besar kongsi2 lah dengan kawan dah cukup.

Next morning, dah prepare untuk pergi Canopy Walk!!!! Yang ni memang seronok. Dinasihatkan siapa yang gayat better takyah pi. Mar gayat jugak tapi naik benda alah ni tak jadi masalah sangat. Few stages je yang mar rasa berdebar.

Hiking sebelum sampai canopy walk. Mengharap dari gambar geng kelas je 😭

Untuk sampai ke canopy walk ini kita kena hiking dulu. Tak ingat berapa lama kena hiking. Semput jugak lah. Kita jarang exercise campur pulak badan yang macam tong drum ni memang semput lah. Tapi hiking kat sini tak seteruk kat Broga. Pergh, kalau pi Broga tu selalu memang aku kurus. Sini pun mar tak snap gambar sangat phone kat member lepas tu terpisah sbb mar kena guide kawan mar yang gayat.

Lacking skit lah entry kali ni sebab gambar tak banyak tambah memori yang keretapi lama ni memang tak umph sangat. Nak cerita lebih2 pun tak syok so kita end kan entri kat sini jelah. Entry kat KL mar buat lepas ni nak bagi up satu post je.

InsyaAllah the next entry will be much more fun. Terima kasih meluangkan masa untuk baca.Till next time💕




Comments

Popular posts from this blog

Apa itu TOURISM MANAGEMENT??

Baking 101:Tips for beginner

Apa citer orang tu??