Dear me: Introvert? bipolar? insecure? Stop hate and love more ;)

Assalamualikum😘

Selalu bagi heart je meh cheq bagi flying kiss setepek😁

Sejujurnyer lah kan I want to update something in my blog but... I don't know what to share. Hmm..

Nak bagi advice takde masalah nak dikupas kan?? Tajuk pun pkai letak je temporary title. Ambil dari draft. Hmm draft ada 2 entry tak publish.

Maaf lah trip di KL, taman negara dan penang tu takde mood nak mengupdate. Mungkin sebab dah berzaman dah so cerita die dah tak macam pisang goreng panas.

Maaf lah tajuk macam budak sekolah. Akan diperbaiki jika ada idea😉 Kadang2 tu nak jugak tulis blog ni macam diary kan. Like the post a bit personal, nak meroyan ke nak marah kat somenone ke tapi fikir balik people read this!!

Then buat lah private duh..😒 bila private siapa nak baca plak? Aku mmg tak lah bukak balik post yg berzaman2 untuk baca. Heh tak kuasa better baca fanfiction kat wattpad. Maafkan lah diri ini yang tersangkut wattpad, peneman di rumah kan. Yelah org solo kan..

I have been think this for a while, memang orang introvert ni overthinking ke? I don't know really know the deepest meaning of introvert ni. Yang cheq tau lah diorang ni pendiam and shy with people.
Melihat keadaan diri cheq, kebanyakkan sama. In conclusion I'm an introvert person.

Entah lah kadang2 tu stress dengan diri sendiri. Perkara yang tak menjadi masalah boleh jadi masalah buat mar. Tu yang berlambak tu terperap je dlm otak ni hah. Nmpk gaya chances untuk banyak uban tu ada😂 I'm a bit jealous for those yang boleh je luahkan problem diorang. Me?? Selagi boleh tanggung, tanggung lah sorang2. Rasa macam menyusah kan orang klau cerita. Klau tak tertanggung tu yang pergi bucu katil peluk bantal tarik selimut nangis seorang diri.

Hahaha, drama skit kan.Well, mana taknyer cuti 5 bulan kau menghadap k-drama 24/7 tu yang smpi terer blakon. Hmmph, ada sesiapa nak cari plakon tambahan boleh lah contact 😎 No lah joke jer. Gila ke klau rasa nak berlari satu taman kena hambat dgn ayah buat lah😀

This is one thing thing about me. Dalam blog ni nmpk macam petah je kan, mesra alam je takda malu2 kan. Hah, ni satu lagi tak tahan, when I'm being anonymous ni cakap macam tak ingat dunia. Kira bila menaip ni laju je lah. Sebab berborak dengan laptop kan. Cuba first time jumpa haih orang tanya sepatah jawab sepatah. Smpi mak kwn aq pun tegur. Dri sekolah smpi lah skarang diam je. Kwn aq pun elok pi tambah "hah mar ni mmg cool je"😒 terima kasih sahabat👍

Cool ke aku rasa macam tercunggap-cunggap cakap dengan orang macam aku ni. Eh boleh pulak. Tapi kalau mar selesa dengan orang tu elok je borak, mar cuma tak reti nak start conversation. Jadi berharap sangat lah klau degree nanti siapa nak kenal tu tegur jelah yer. Saya nmpak je macam sombong tapi sebenarnya baik elok je boleh buat calon menantu.

Okay dah mula merepek. Sila abaikan. Siapa yang jadi kawan saya tu tau lah saya ni macam mana. Tapi minta maaf siapa yang follow kat ig tu dan saya tak kenal biasa saya tak approve. Tak tau kenapa rasa segan orang tak kenal tengok gambar kita Lelaki ke prmpn ke sama je. Selagi tak kenal tak di approve nyer.

Kolot skit kan. Saya ni old school skit😅 Terasa lah jugak diri ni macam makcik2 skit tapi I tak dress up macam makcik2 yer. So is there anyone out there yang sama mcm mar? I think mar ni bukan lah calon introvert yang teruk tau. Tak smpi tahap nak jumpa orang pun takut. Ada yang macam tu. Mar cuma lebih kepada malu2 kucing je. Once dah rapat aku pun boleh naik gila sekali dengan korang. Senang adapt😏 For those who have the same problem as me, for now memang takda solution selain love yourself.Yup, sometime you hate yourself until become depression. Mar pernah lah nak smpi macam tu.

Tapi Allah ada bantu kuatkan semangat balik. Try to open by being anonymous macam mar currently doing. Selain blog ni mar rajin comment dalam wattpad. Seronok bila orang tu balas balik. Make new friends😗 Mar perasan bila being anonymous ni kita banyak tonjolkan diri. Dari tak mesra alam jadi mesra alam. Change yourself tapi jangan drastic. Cepat2 tukar jadi orang lain just nak cope dengan dunia luar. Bukan macam tu caranya. Mar still malu kat luar tapi bila dah adapt I'm okay.

Kalau yang mana having a serious stage of being introvert. Stop hating yourself, learn to know 'you' more. Jangan buat something that lead to depression. For a muslim, seek for Allah. Mintak dekat Dia. Luah dekat Dia. Allah tak jadikan seorang manusia tu useless. Every person have their own charm.

Yang mana dok kecewa insecure lah. Look again to yourself, celah mana yang tak perfect. Muhasabah diri balik. Tak cukup ke Allah bagi ni. Ada orang lawa tapi Allah kurangkan sesuatu dalam hidup dia yang tak nampak dia mata orang lain. Kita Allah bagi kita biasa je tapi Allah bagi benda lain yang takda dekat orang lain.

While I'm hating myself for being so shy to people, Allah tunjuk dekat mar disebabkan aku ni pemalu lelaki tak senang dekat. Sebab aku bukan jenis melayan. Salah satu kehormatan diri muslimah tu terjaga. Mar pun tak mudah lah menangis sebab lelaki, kecewa bagai meroyan kat social media. See.

There is a reason. I started to love myself more and be more grateful. Sayang diri sendiri tu boleh tapi jangan sampai jatuh riak pulak. Tu yang kena jaga. There is no such thing as perfect human in the world, everyone have their own flaws. That why when we met we compliment each other. Macam puzzle lah. Masing2 mengisi ruang yang kosong end up it became a beautiful picture.

Tengah malam ni post pulak entry yang emotional ni. Terasa nak nangis plak. Dari tak tau nak post apa, konon taknak bagi nasihat haih terlanjur jugak. Takpa lah hope be beneficial to anyone out there.Fighting girls and guys!💪 bagi tangan sado satu.

credit to the owner. I just take this dekat google. The word just speaks everything that I want to say 💜

Be sure to remember this guys. Sama2 muhasabah nah😀


Jadi sekian sudah bebelan mar di tengah malam. Ni kes bosan tak tau nak buat apa, jadi kita update lah blog yang sekangkang kera ni. Sepatunya dah tido dah ni sebab nak kena bangun awal untuk sahur. Hmmph! Puasa 6. Mana yang tak tido lagi tu Jom nak puasa esok 😊 apa esok hari ni lah. Dah2 cepat publish dan tido karang terlajak tak  sahur pulak. Okay Goodnight. Annyeong 💕 Assalamualaikum💕

Sincerely, Mar.



Comments

Popular posts from this blog

Apa itu TOURISM MANAGEMENT??

Baking 101:Tips for beginner

Apa citer orang tu??