1..2..3...........OH MY KELANTAN!!!

Assalamualaikum,semua..

Astagfirullahalazim,ape dah jadi dengan belog ni?Bersawang sana sini! *Buat muka terkezut! kononnye...*

Ya saya tahu ayat diatas sangat2 la lame kan...tapi nak buat macam mana aku ni bukanlah pandai dalam berkata2.Cewahhh!

Rendah diri gitu.Takpe merendah diri itu kan baik tapi jangan sampai melampau sangat nanti hilang terus keyakinan diri kita.

Tajuk entry kali ni sangat2 tidak menjelaskan apa2.Yes,memang x menjelaskan apa yang aku nak story kat korang.Tak macam tajuk entry sebelum ni yg mmg straight to the point.Sebenarnya aku malas nk create tajuk kalau boleh nak je biar kosong tapi...x best plak klau takde title nye...

Jadi digagahkan juga otak ini untuk memikirkan tajuk yang sesuai.Mencari idea dicelah-celah saraf.Memerah otak sehingga tiada lagi hujan idea.yelah cik mar oi,pandai betui hang menipu.Memerah otak konon.Setakat 1,2,3 tu budak pra sekolah pun boleh buat.Pirahhhh!

Hish kacau betui lah cik joyah ni join sekaki plak.Hang pi balik buat folio chemistry yang x siap lagi tu.Pi balik!Maaf ye teman2 ku.Ada gangguan tadi.Macam yang mar kata tadi tajuk ni mmg x menjelaskan apa2.Lebih tepat lagi langsung x kena dengan story mar.Seperti yang anda semua tahu sekarang tengah cuti sekolah.Seminggu dah berlalu,sekarang tinggal seminggu je lagi..

Huarghhhh,nak nangis.Sekejap je dah nak habis.Mar tak puas lagi cuti.Kalau cuti je soalan pertama yang akan keluar dari mulut rakan-rakan aku mesti...

"Cuti sekolah nanti pi mana?"

Haih,biasanya aku pasti balas lagu ni."Tak pi mana2 pon" Tidak untuk kali ini.Cuti kali ni aku pi bercuti.Mesti korang pikir bercuti=luar negara.Sorry lah ye aku tak cuti pi luar negara.Aku nampak dah muka2 kecewa depan screen phone ni.Waduh2 cik mar ni ade kuasa melihat wajah orang disebalik skrin telepon dialah..

Hehe,tetiba nak naik pangkat ade kuasa pulok.Dah2 lah tu aku klau bercerita pasti dah terkeluar dari lane.

Pertanyaan.Kenapa ramai orang anggap asal kita kata bercuti pasti dikaitkan dengan luar negara?

Hmm..sebenarnya aku pun tidak pasti jawapannya.Hish,story terus boleh tak mar!

Oklah nak story lah ni cik joyah oi!Cuti kali ni aku dapat visit satu tempat yang orang akan cakap

"Hah?Cuti nanti hang pi sana?Ada apa kat sana?Kenapa tak pi negeri lain?"

Blaa..blaa..blaa..Banyak betul pertanyaan dan banyak kali juga mata ni melihat muka terkezut yang actually tak terkezut mana pun.Aku peliklah kenapa kawan2 aku akan terkezut beruk bila aku kata aku nak pi Kelantan?Awat?Kelantan tu takde something special ke?

Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak2 seakan lava gunung berapi tu, aku pun beranilah tanya kat kawan aku yang memang asal sana kan.Aku ingat ade lah berita yang buat hati aku ni ber-lolipop tapi hampeh.

"Mar,Kelantan takde pape.Bosan tau kalau aku balik sana."

Siapa berani kata Kelantan tak best?! Siapa kata Kelantan takde pape?! Aku nak habaq kat korang semua,setibanya aku di Kelantan terus buat aku respect negeri tu.Siap buat tabik spring tau!Seperti yang semua sudah tahu negeri tu negeri islam.First mar respect sebab tu.Second, semua papan tanda iklan yang ada gambar perempuan islam yang tidak memakai tudung diorang edit buat pakai tudung.Macam mana tak respect. Nak tengok macam tu kat bangi.Tak dapat lah.....

Third, semua nama2 kedai dan papan tanda akan ada tulisan jawi.Memartabatkan tulisan jawi.Sangat2 tabik spring.Sekarang orang pandang remeh tentang tulsan jawi ni.Kalau boleh mar nak tengok kat bangi pun macam tu.Oh bukan kedai islam sahaja kedai cina pun.Forth,kat sana rata2 gadis mahupun makcik2 pakai baju kurung.Panas2 pun pakai baju kurung.Menunjukan keayuan dan lemah lembut seorang gadis.Dah lah muka depa lawa pastu pakai pulak baju kurung, dah macam gadis melayu terakhir.

Insecure seketika.Hehehe...Kalau aku tahu lah kat sana tak janggal bila pakai baju kurung kat luar dah lama aku bawak baju kurung aku yang berlambak dalam alamari.Teringin jugak nak dilabel gadis melayu terakhir.Ahaks! 

Jangan mengedik tahap langit boleh tak Mar!Geli geliman aku mendengarnya!

Sibuk jelah cik joyah ni.Potong stim betul.Kat bangi memang susah nak tengok perempuan pakai baju kurung time shopping ke or keluar ngan member.Kalau nampak kat shopping mall tu pasti family dia pakai jugak or member dia pakai jugak.Dan aku akan tebak dia mesti baru balik dari kenduri atau baru balik dari tempat kerja.

Fifth, orang2 kat sana baik and suka senyum.Kat bangi pun baik.Bukan kat Kelantan atau bangi je kat mana2 pun orang2nye baik2 belaka.

Pembetulan.Kelantan ada apa2 ok.Manis nye mulut tu kata kelantan takde ape.Well kalau kat bahagian kampung memanglah tak banyak benda untuk golongan bandar.Nama pun kampung, view laut yang menarik,sunset indah sebelum solat maghrib dan udara yang nyaman untuk kita golongan bandar ini merehatkan otak yang kusut macam sabut kelapa tu.Kalau nak hiburan atau yang kaki shopping tu pi lah Kota Bahru.Baru hang jumpa 'apa2' tu ok.

Cakap pasal Kota Bahru mar menginap kat sana for 2 nights.Bila teringat balik macam2 jadi kat family aku.Don't want to blame my mom, she booked a 'haunted' hotel.Mesti semua dah kecut perut or tertanya sama ada mata daku melihat 'benda' tu tak.Hahaha,actually bukanlah berhantu but hotel yang my mom booked tu tampak tak semenggah je.All the furniture look very old and biasa kita pi hotel towel mesti kat towel rack right?Tapi this hotel boleh campak je towel kat atas lantai.

My expression like WHAT!!!!

So kitorang just hurry cari hotel yang terdekat kat situ.Siapa tahan nak duduk dalam hotel yang macam tu.Bilik dia sahaja dah buat bulu roma aku naik 90 darjah.My dad said kalau kita minta check out time tu,duit for one night akan lesap.Most hotel macamtu tapi kanhotel ni  baik giler dia bagi semula semua duit for 2 nights tu.Abang tu just bagi duit tanpa tanya apa2 pun.

Aku rasa dah banyak kut kes macam tu..Hmm,timbul rasa kesian pulak kat pemilik hotel tu.Oh, lupa nak cerita before stay kat Kota Bahru, aku stay for 2 nights at pasir puteh.Aku suggest kat sesiapa yang nak pi bercuti ke Kelantan jangan terus pergi ke Kota Bahru.Singgah dulu kat Pasir Puteh and must menginap kat hotel Tok Aman Bali Resort.Hotel ni memang superb best.Depan hotel ada laut belakang hotel ada tasik kat tengah ade kolam renang.Manyak syiok!Bila bukak je slidding door dah nampak tasik

Cantik kan...So apalagi jemputlah datang ke Tok Aman Bali Resort.

Bertukar jadi promoter tak berbayar sekejap.Kalau nak datang sini kena sediakan duit yang banyak sikit sebab satu malam RM 600.Pada mar worthy lah kalau family mar bayar RM 1200 for 2 nights. Lgi pun dapat bilik family punya.Bilik dia pun best. Nak rasa apa yang mar rasa ajak lah familiy ke sana ok.

Another view.Ni betul2 belakang bilik yang mar nginap tu.Subahanallah,sunset yang indah :)

Kat Kota Bahru mak mar kata best kat situ shopping.Memang best shopping kat situ.Tapi time aku kat sana yang rasa best tu mak aku sebab dia dapat beli kain batik sutera untuk baju raya dia.Aku??Hampeh.Ada yang aku tertarik tapi...tangan tu berat nak keluarkan duit.End up beli baju satu dan tudung dua helai je kat sana.Ni nak suggest kalau nak pi shopping kat sana korang kena singgah kat wakaf che yeh.Kat situ setiap malam ada pasar malam.Besssstttt saaaangaaat!Cuma penat lah sebab pasar malam dia besar gilerrr.Aku nasihatkan pakai je baju simple dan tak payah bershawl2 bagai sebab panas kat sana.Walaupun malam.Plus pakai selipar je sudah. Kalau aku tau penat dia macam tu takde maknanye aku pakai flat shoes.Pakai flat shoes pun sakit tau kaki.

Jangan spend habis kat wakaf che yeh tu. Simpan half from korang punya budjet untuk shopping kat Pasar Siti Khadijah.Korang mesti tertanya2,kenapa kena save sikit duit untuk shopping kat Pasar Siti Khadijah?Pasar ada tempat nak shopping ke?

Pandangan korang mesti macam ni kan.Memang ye Pasar Siti Khadijah popular sebab ni kan.Cantik je view ni. Suka tengok makcik2 ni menjual.Menunjukan perempuan pun boleh berniaga dan perempuan pun boleh potong ayam untuk pelanggan tau.Mar pun mula2 fikir macam tu jugak.Ada apa kat pasar?Nak beli ayam pun bukannye boleh bawak masuk hotel.Nak masak kat mana pun?

Sebenarnya kat setiap tingkat bangunan ni semua jual benda lain2.Kat bawah jual barang basah.Tingkat 2 jual barang dapur.Tingkat 3 jual rempah,keropok,asam.Hah,tingkat 4 ni lah tempat kita boleh shopping.Naik je tingkat ni korang akan rambang mata.Sebab kat sini penuh dengan gerai jual kain batik sutera,tudung,baju batik untuk lelaki,kain batik,kain sarong.Banyak wuuu..

Terkulat-kulat mata daku melihat kain batik sutera mereka.From striking colour to soft colour semua ada.Kain dia plak bukan batik plain je siap ade batu2 lagi.Choiii!Bukan batu kerikil atau batu bata ye.Mulut si joyah ni aku jahit baru tau.

Sayangnya aku tak beli pun.Mak aku je beli.Balik bangi terasa menyesal pulak.Haih,pe'el aku yang cepat menyesal after getting something or not getting something.Oh, time aku pi Kelantan ni time tu tengah musim seafood kut.Ya Allah, nikmatnya makan seafood kat sana.Aku walaupun alergik dengan seafood ni tapi nak jugak.Hmph!Kepala batu.

Udang depa besaq2.Sotong jangan cakap lah dari kecil sampai ke besar hang boleh dapat.Aha, kat sini ada satu menu yang first time aku dengar lah.Tapi aku tau ramai yang tak eksaited pun bila dengar.Menu ni adalah maggie ketam!Tadaaaa!Bunyi dram sikit joyah!Hahaha,kan muka tak eksaited langsung.Aku tau resepi ni nak buat kat rumah pun boleh.Kalau aku buat mau kena piat telinga sebab ketam kan mahal.Kat luar pun mahal jugak.

Kali ni aku pasti menu ni mesti bukan orang kelantan tertanya2.Mempersembahkan!Joyah,bunyikan dram.Eh tu bukan namanya.Sekali lagi Mempersembahkan!!Nasi Khao Mok!!!Jeng!jeng!jeng!Teruja tak?teruja tak?teruja tak?Hish,terujalah!Nasi kao mok ni adalah nasi briyani thai.Dia lain sikit.Lauk dia cuma ayam goreng berempah.Ekeleh ayam je..Hoi,jangan pandang rendah ok.Nasi walaupun lauknye ciput tapi rasanya sedaaaaaaappppppppp!!!Nampak sampai 3 tanda seru.Itu tandanya sangat2 sedap.Nak rasa kena lah datang Kelantan.

Ok itu sahaja nak story.Oh,ada lagi kalau korang pergi Tok Aman Bali Resort tu korang kena singgah makan nasi dagang kat restoran kita kak Ju.Jangan risau bagi sesiapa yang tak suka lauk ikan tongkol,dia sediakan lauk ayam.Sedap dan terbaek!!Ni ada several pictures.Harap maaf kali ni takde langsung gambar yang featuring aku.Kalau ade pun 1 je kut.Maaf,aku dan gambar boleh dipisahkan.Hehe...

Gambar ni waktu kat Terengganu.Sebelum kami ke Kelantan kami singgah Terengganu sebagai transit.For one night kat Dungun.Ahh..dekat ngan laut :)

LAUT!!!!!!So Peaceful.Tak silap mar ni laut cina selatan.Maaf kalau salah.

Ni waktu nak maghrib.Sunset tak nampak sangat.Mendung sahaja.Anyway rasa tenang je pandang moment ni.


Nilah resortnye.Ni entrance ke bilik.Depan entrance tu kolam lah.Kolam renang ye bukan kolam ikan.



Rumah ni kami nampak ketika kami nak jalan2 tengok istana.Bentuk dan ukiran yang menarik mata kami aku melihat.

Hahaha,tak tau kenapa gambar jadi macam ni.Cahaya matahari kut.

Ehem,jadi itu sahaja lah nak story.Hopefully korang enjoy baca entry yang panjang lebar dah macam prosa klasik.Maaf atas perangai cik joyah yang selau interupt.Sekarang dia dah pi tido.Aman sikit dunia.Mar dah betul kan sikit tajuk bagi nak menarik minat orang nak baca.'Oh My Kelantan' tetiba je pop up dalam kotak fikiran aku.Jadi terus tambah.Hehehe.Mungkin sebab joyah dah tido dan aman sikit.Lepas ni jangan pandang rendah lagi dengan percutian dalam negara.Bak kata perpatah hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.Haih,entah kena ke tak perpatah ni.Ok lah joyah dah tido.Kita pun nak tido jugak.Selamat malam semua

Assalamualaikum,xoxo,mar



Comments

Popular posts from this blog

Apa itu TOURISM MANAGEMENT??

Baking 101:Tips for beginner

Apa citer orang tu??